
11 Dis 2010,SABTU-Alhamdulillah...syukur
Tiada kalimah lain yang lebih layak dilafazkan,setelah selesai menjayakan forum ini…
Dahulunya sebuah Angan2,kini sudah direalisasikan.Forum bersempena Ma’al Hijrah 143H ini merupakan yang pertama dan julung-julungnya dilancarkan sejak “Melayu Sepakat,Islam Berdaulat !” menjadi pilihan laungan slogan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) pada tahun ini. Forum ini yang telah diadakan di Masjid Sultan Iskandar Shah (1) ,Sg.Rokam,Ipoh,Perak Darul Ridzuan yang telah dipen
gacarakan oleh Ustaz Shukri B. Sulaiman dan dua ahli panel. Al-Fadhil Ustaz Zamri Hashim,Timb. Mufti Perak merangkap Ketua Biro Dakwah ISMA Perak & Ahli Lembaga Akademi Ikatan Muslimin .Seterusnya ialah Al-Fadhil Tn. Hj. Suhaimi Latip merangkap YDP ABIM perak.
Program ini telah di anjurkan oleh Akademi Ikatan Muslimin (AIM) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) caw. Perak & Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) caw.Perak telah membuka mata masyarkat serta gol. Belia Melayu Islam tentang hakikat & reality Bangsa MELAYU di era kini.
Untuk maklumat Pembaca,Forum ini telah dilancarkan secara LIVE secara “broadcast” ke seluruh dunia melalui aplikasi “PAL TALK”.Ini secara langsung membolehkan para pendengar di seluruh dunia mendengar secara maya. Ini merupakan satu pembaharuan dalam media penyiaran .
Akhir kata, kami menyeru semua pihak berkuasa & badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggembling tenaga untuk mengetengahkan isu MELAYU ini.
Sekian.
KLIK SINI untuk lebih banyak gambar menarik! (Facebook)



0 Komen:
Post a Comment