stam

stam

Pengenalan

 PENGENALAN RINGKAS .....

Melihat kepada perkembangan dan suasana masyarakat di Malaysia , kita dapati secara keseluruhanya terutama anak-anak muda berada di dalam yang cukup membimbangkan. Pelbagai masalah yang melanda  telah dibawa masuk oleh barat ke dalam dada masyarakat hingga menyebabkan hilangnya jati diri sebagai pemuda dan pemudi Islam .begitu juga , sudah hilang di dalam masyarakat nilai-nilai kemasyrakatan yang dibawa oleh ISLAM itu sendiri
Oleh itu IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA terpanggil untuk menyahut cabaran ini , dalam mendepani dan menyantuni setiap lapisan masyarakat seperti berikut

1. Menyebarluaskan pendekatan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di dalam masyarakat melalui pendekatan yang dianjurkan oleh Al-quran dan Sunnah Rasulullah. Oleh itu AKADEMI IKATAN MUSLIMIN ditubuhkan bagi memenuhi kehendak pendidikan setiap lapisan masyarakat bermula dengan kanak-kanak ,remaja , belia dan dewasa samada lelaki dan wanita . Mengisi keperluan ilmu dalam fikran dan hati masyarakat dan akhirnya akan menjadikan masyarakat Malaysia beriman , masyarakat yang berilmu seterusnya masyarakat yang mendukung kebaikan dan menolak kejahatan .

2. Cita-cita kita jelas dan selari dengan kehendak IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA iaitu ingin melahirkan seramai mungkin generasi Harapan Ummah . Dengan gandingan tenaga pengalaman orang lama dan semangat orang muda , kita berkayakinan matlamat dan cita-cita MELAHIR GENARASI HARAPAN  akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

3. Bagi mencapai cita-cita tersebut, kita berharap bukan sahaja kumpulan tertentu sahaja yang berusaha dan menjayakan projek besar ini, tetapi dibantu oleh seluruh masyarakat di dalam semua aspek , samada kewangan,tenaga , pemikiran dan sokongan padu . Sumbangan dari individu dan masyarakat yang faham tentang tanggungjawab sosial dan kesedaran perlunya usaha ke arah pengislahan di dalam masyarakat dalam pelbagai lapisan akan menjadikan bangsa dan negara kita  dirahmati dan diberkati oleh Allah

2.0       FALSAFAH


3.0      VISI

           MEMBANGUN KEKUATAN TAMADDUN ISLAM DI MALAYSIA  BERASASKAN 
           PENDIDIKAN BERSEPADU 

4.0      MISI
                 Menjadikan Akademi Ikatan Muslimin sebagai pusat yang disegani dalam
                 mendidik  dan membimbing  pelbagai lapisan masyarakat hingga lahirnya
                  masyarakat yang berperanan sebagai khalifah Allah di bumi ini.
         
5.0      MOTO
                                 MEMBINA GENERASI HARAPAN


6.0       OBJEKTIF               

1.    Membina , mendidik dan membimbing setiap lapisan mesyarakat untuk mencapai matlamat melahirkan masyrakat beriman dan cemerlang
2.    Melahirkan setiap lapisan masyarakat mempunyai  berpengetahuan luas dalam bidang agama yang dicintai
3.    Membekalkan sumber modal insan yang berketrampilan kepada bangsa dan Negara bagi memacu wawasan 2020.
4.    Memantapkan jatidiri masyarakat  bagi menghadapi cabaran globalisasi
5.    Melahirkan pelapis pemimpin masyarakat yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati.
6.    Meningkatkan kefahaman Islam dan menghayati nilai-nilai murni di kalangan pelajar.


7.0       JAWATANKUASA AKADEMI IKATAN MUSLIMIN  (AIM)


Pengerusi                  : Tn Haji Ishak bin Dun
Timb. Pengerusi       : Ustaz Zamri bin Hashim
Setiausaha                : Ustaz Zolkifli bin Ismail
Timb. Setiausaha     : En Rosidi bin Shahari
Bendahari                 : Ustaz Shaharuzzaman bin Bistamam
Ahli Jawatankuasa  :
                                    Ustaz Mohd Azzam bin Hamzah
                                   Ustaz Fadzlan Shahidi bin Ghazali
                                    En Ahmad Bin Mohd Sabri
                                    Ustaz Ahmad Tanusi bin Saaban 
                                   En Rodzuan bin Ramli
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin