alt text

Minggu Peperiksaan AIM Tamat

minggu ini para pelajar Akademi Ikatan Muslimin telah berjaya menduduki ujian

Selanjutnya...
alt text

Dari Meja Pengetua

Pengurusan masa memang telah lama dihidangkan kepada kita daripada ayat-ayat Al-Quran.

Selanjutnya...
alt text

AIM Dengan Facilities Terbaru

AIM mendapat peralatan-peralatan sukan baru untuk kemudahan para pelajar dan semua warga AIM

Selanjutnya...
alt text

Albanna Tokoh Pejuang Palestin

Imam As-syahid melalui kefahaman terhadap manhaj perubahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

Selanjutnya...

Cemerlangkah kita ........




الســــلام عليكم ورحمة الله

Dari Hati Ke Hati ……

Bersua kembali di laman maya bersama dengan harapan yang menggunung untuk melihat generasi Harapan ummah Lahir . Selepas pengajuran Ekspo Dunia Islam yang telah dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar  , telah menyuntik  semangat  yang lebih berkobar-kobar meneruskan perjuangan terutama di dalam pendidikan , bagi melahirkan anak-anak muda yang menpunyai semangat juang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang Berjaya membuka kota yang hebat ketika itu iaitu kota Constantinople , Anak-anak muda yang mempunyai api perjuangan yang membara di dalam diri seperti Solahuddin Al-Ayyubi , dengan gagah dan berani membuka kota palestin atau kita hendak melahirkan anak muda yang berjiwa seperti pejuang moden Hassan Al-Bannna , Syikeh Ahmad Ismail Yassin dan ramai lagi para syuhada yang terkorban demi mengebarkan bendara Islam .

Bukan Mudah hendak menjadi orang hebat seperti mereka tetapi bukan mustahil untuk jadi seperti mereka . Menjadi  Sunnatullah , untuk Berjaya perlu berusaha . Untuk cemerlang perlu persediaan  lebih cemerlang .tetapi untuk mundur adalah sebaliknya

Cemerlang   bermula dari kita , cemerlang bermula dari proses  kita disediakan . Cemerlang bermula dari langkah yang pertama . bermula dari niat kita untuk yang pertama untuk cemerlang .

Rata-rata kita melihat dan mengkagumi orang yang sudah cemerlang atau yang sudah berjaya tetapi kita tidak melihat kenapa dia berjaya . Apakah persediaan untuk berjaya . Bila ia bermula untuk berjaya . apakah halangan untuk berjaya .
Lihat sahaja Serah para Rasul  yang menyingkap  pengajaran yang mendalam kepada kita , untuk kejayaan , mereka terpaksa menghadapi cabaran dan halangan .Namun mereka kental dan teguh walaupun hingga ke titisan keringat dan darah yang terakhir .

Kenapa semuanya berjaya ? kerana mereka adalah pemuda-pemuda hebat yang mempunyai ciri – ciri yang hebat . Adakah kita mempunyai cirri itu ?


·         Mempunyai niat yang jelas (  (إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى
Dari langkah yang pertama , orang yang cemerlang ( Mumtaz ) Jelas hala tujunya , jelas sejelas –jelasnya . Orang yang kabur niatnya ialah orang yang mempunyai kecelaruan di dalam hidupnya . Umpama nak ke Kuala Lumpur tetapi niat nak ke Kedah … Pening juga kepala kita dibuatnya orang yang sebegini ..

·         Minda beragenda melakar kecemerlangan ummah
Orang yang cemerlang sudah melakar peta mida di dalam benak fikiran perjalan hidup yang jelas sebagi agenda untuk dibawa . Sebagai contoh Mesyuarat tanpa agenda yang jelas anak menjadikan mesyuarat yang panjang dan menyimpang dari tujuan yang sebenar .

·         Persedian diri yang mantap
Orang yang hebat telah mula menyediakan diri dari langkah pertama . Bersedia dengan kemantapan  imanya , ilmunya , peribadinya , ilmu dan kemantapan jiwanya

·         Cita – cita yang tinggi
Seperti mana tokoh-tokoh yang telah disebut mempunyai cita-cita dari kecil untuk melakukan sesuatu yang besar seperti membebaskan kota paletin walaupun masanya masih begitu jauh

·         Tidak mudah putus asa
Kehidupan ini adalah ujian , bila ditimpa dengan kesenangan kebanyakan orang akan leka tetapi bila diuji dengan kesusahan dan rintangan ramai manusia akan berputus asa  … ujian pertama dah mula menggangkat bendera putih menyerah diri . Bukan mudah untuk senang dan cemerlang  …. Tapi sungguh senang untuk tidak cemerlang …. Lepak saja

·         Bijak mengatur Strategi
Mengatur strategi untuk cemerlang , bukan mengatur strategi untuk gagal dan mundur . maksudnya kalau ingin cemerlang  , buat cara untuk cemerlang tapi kalau nak cemerlang tapi masih berlepak , masih tak ada matlamat , masih buang masa … jangan salahkan diri atau orang lain kalau gagal dalam kehidupan …. Atau gagal dalam STAM bila slip keputusan sudah ditangan … masa itu menangis pun dah tak berguna

·         Mampu melakukan semua tugas
Tanpa da kemalasan  - اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن والعجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخ
Tanpa ade kebosanan , tanpa ada keluh kesah untuk mencapai kecemerlangan itu qudwah yang ditunjuk oleh para rasul dan pejuang dahulu  banyak mengajar kita

·         Ketentuan Allah
Apapun usaha kita semuanya atas kententuan Allah , kita hanya berusaha tapi Allah saja yang memberi … Allah tidak pernah memungkirinya . Ingat kalau kita kuat berusaha tetapi gagal  bukan allah tidak tolong kita tetapi ada hikmah yang tersirat disebaliknya dan mungkin Allah menyuruh kita muhasabah sebab-sebab kegagalan tersebut … oleh itu berhubunglah dengan lebih akrab dengan Allah yang menjadi pemilik hati manusia , allah yang menjadi pemilik manusia , Allah yang menjdi pemilik alam smesta .

Mungkin inikah beberapa intipati kenapa Ekspo Dunia Islam diadakan oleh Majlis perwakilan Pelajar yang perlu diambil oleh kita ? renung-renungkan sejenak

Akhir kalam wal kalimat dalam kesempatan ini . Satu persoalan yang ingin ditinggalkan di dalam diri , hati dan fikiran saya sudahkah kita jadi Muslimin hebat atau pelajat muslim hebat , kalau belum apa tunggu lagi … adakah kita nak tunggu hari pertama peperiksaan STAM atau kita nak tunggu hari keputusan STAM sudah ditangan ( bagi pelajar-pelajat Akademi Ikatan Muslimin ) . Atau kita nak tunggu bila hembusan nafas terakhir yang akan keluar dari kerongkong kita  … Ayoh kita fikirkan bersama  demi kecemerlangan untuk ummah bagi membela Islam yang kita cintai ……

Wassalam …

Read More | Komen

program KIBAR di AIM








beberapa minggu lepas..Majlis perwakilan pelajar telah mengadakan kelas intensif bahasa arab (KIBAR) di akademi ikatan muslimin.Pihak MPP telah menjemput tenaga pengajar yg cukup terkenal iaitu Ustaz Rusdi b. Alias yang biasa didengari di corong2 radio..program selama 2 hari berjaya menyemarakkan semngat pelajar untuk menguasai bahasa arab..program ini berjaya menarik peserta dari bangi,kuala lumpur dan akademi ikatan muslimin sendiri..program ini telah dijayakan dgn kehadiran hampir 90 peserta..beberapa gambar disediakan untuk semua..
Read More | Komen

CUKUPKAH MASA KITA ………


Assalamualikum W.B.T .. Bersua kembali dialam maya . Kita bersyukur atas rahmahnya , dapat kita meneruskan kehidupan di alam yang penuh dengan cabaran dan cubaan ini . Bila sebut sahaja kehidupan terlintas di benak fikiran ,  betapa cepatnya masa berlalu . sebulan bagikan seminggu , seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan hanya beberapa jam .
Bila sebut sahaja tentang masa , dalam bahasa arabnya berbunyi Al-waktu dan dalam bahasa Inggeris nya disebut “TIME” maka akan terlintas di dalam memori kita tentang intipati bait-bait ayat suci Al-Quran yang terdapat di dalam surah Al-Asr . Membicarakan tentang erti masa yang sebenar bagi seorang mukmin . Manusia akan rugi jika masa hanya dipenuhi dengan mengejar dunia semata-mata , tetapi amatlah beruntung jika masa yang sama diberikan kepada semua orang digunakan kearah membina iman dan amal  disamping mencari bekalan untuk dibawa dalam kehidupan di dunia dan kehidupan yang kekal abadi .
    Pengurusan masa memang telah lama dihidangkan kepada kita daripada ayat-ayat Al-Quran dan dari mutiara-mutiara hadis  telah  memberi  mafhum  betapa pentingnya kita berusaha memastikan masa tidak dibuang begitu sahaja .
   Dalam usaha melahirkan generasi Harapan yang ingin menjadi penyelamat ummah ,  kita wajib mengurus masa dengan baik untuk memastikan semua matlamat akan dapat dicapai . sebagai contoh , seorang pelajar Sijil Tinggi Agama sudah pasti mengidamkan  keputusan yang paling cemerlang apabila keputusan diumumkan nanti . Apa yang sepatutnya pelajar ini mengambil tindakan . Masa sudah semakin suntuk sedangkan matapelajaran begitu banyak . Ini yang akan memeningkan kepala .  Sebagai pelajar “ MUMTAZ UNTUK UMMAH “ perkara berikut perlu diambil
·        
       Matlamat yang jelas 

       Semua orang ada matlamat atau cita-cita dan ianya akan hanya jadi impian jika kita tidak berubah untuk menukar impian atau cita-cita menjadi kenyataan
·        
       Perancangan yang teliti  untuk Mumtaz 

        Perancangan bermula dengan semangat yang tidak pernah malap . Mengkoreksi diri dimana kelemahan diri  , meletak  mana yang penting dan yang lebih penting . Melakarkan aktiviti yang berkemampuan untuk dilaksanakan namun selalunya usaha luar biasa akan menghasilkan keputusan yang mengejutkan
·     
                Bukti dengan tindakan
  
Tanpa tindakan kita tidak kemana …. Seorang kanak-kanak pasti tidak akan boleh berlari jika pada mulanya ia tidak berani melangkah …langkah pertama akan memastikan kejayaan di masa hadapan
Ramai pelajar yang suka menagguhkan kerja inilah pencuri yang  selalu mengintai untuk mencuri masa kita  . Ramai juga yang memasuki perangkap masa dengan merasakan jauh lagi peperiksaan samalah juga kita sebagai orang beriman merasakan lambat lagi nak mati , jadi tak payah beramal akhirnya kematian sudah dihadapan kita . Dalam kontek pelajar AIM akhir sekali sudah mendapat jadual peperiksaan atau ujian lisan maka baru lah mula terkejut dan semasa itu semua kerja serba tak mengena. Akhir kata sebagai peringatan kepada si penulis dan semua pelajar Akademi Ikatan Muslimin ingat lah dengan ungkapan “ Masa itu ibarat pedang , jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita “  “ Masa itu kehidupan “ ….………..
 Satu pertanyaan yang memerlukan jawapan dalam diri sendiri “ adakan anda seorang yang membuang MASA………..”
Wassalam
Read More | Komen

AIM dengan facilities terbaru

alhamdulillah..baru-baru ini pihak Akademi Ikatan Muslimin telah berjaya mendapatkan peralatan-peralatan sukan baru untuk kemudahan para pelajar dan semua warga AIM..peralatn ini diperoleh hasil usaha murabbi-murabbi tercinta dengan kerjasama Biro Riadah dan Kebudayaan MPP (R&K)..disini disertakan gambar-gambar terbaru untuk semua

Read More | Komen (1)

tamat sudah musim peperiksaan untuk STAM dan MATIN

salam sejahtera..
alhamdulillah..minggu ini para pelajar Akademi Ikatan Muslimin telah berjaya menduduki ujian pertama pada tahun ini..para pelajar nampak bersemangat dan bersungguh untuk berjaya dalam ujian kali ini..kini semua pelajar berdebar menantikan keputusan yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi..doakan kejayaan anak-anak disini..

MUMTAZ UNTUK UMMAH
Read More | Komen (1)

ayuh kita bermuhasabah

Muhasabah


“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan” Umar Al-Khattab


Masa terus berlalu meninggalkan kita perbagai  kisah menarik di institusi islam ini. Bermula dari awal tahun hingga ke saat ini, sudah pelbagai kenikmatan telah kita kecapi dan sudah pelbagai cabaran kita tempuhi. Satu persoalan yang semua dari kita harus menjawabnya, adakah tempoh ini telah meningkatkan nilai diri kita? sudah terbinakah iman dan ukhuwwah antara kita?

Seperti  kisah bapa para nabi Ibrahim ‘alayhi salam, apabila diperintah Allah s.w.t untuk membina Kaabah bersama anaknya, Ismail ‘alayhi salam. Setelah siap beberapa bahagian bangunan, baginda ‘alayhi salam pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan memerhati apa yang telah baginda dan puteranya bina. Begitu jua kita, kita dituntut untuk menilai kembali setiap pekerjaan yang kita lakukan. Jauhkan diri kita dari menyebelahi diri sendiri, tetapi neraca setiap pergerakkan kita bertepatan dengan perintah Allah, pencipta diri kita itu sendiri.

Sudah berlalu 3 bulan berlalu. Harus kita koreksi 2 perkara yang sangat penting yang menjadi kekuatan kita iaitu iman dan ukhuwwah. Setinggi mana kita telah binanya, sebulat mana kita telah bentuknya.

Iman adalah mutiara yang dikurniaan Allah. Yang sinarnya menjadi pencerah kepada seluruh tubuh untuk mengerjakan amal kebaikan. Adakah kita sudah menggilapkannya dengan memperbanyakkan zikrullah dan amalan sunnah atau kita membiarkannya terus menjadi keruh hingga tiada beza antara yang dikurniakan dan tidak dikurniakan.

Ukhuwwah adalah ikatan yang kuat yang mengikat antara hati orang-orang beriman. Ia tidak mengikat pemilik-pemiliknya secara lahiriah. Tetapi ia adalah pengikat di kala doa sahabatnya di malam hari, sebagai penarik di kala sahabatnya terjatuh ke lembah kelalaian. Menasihati saudaranya sebagaimana dia ingin dinasihati saudaranya. Itu lah nilai ukhuwwah yang harus kita miliki, yang haru kita berusaha mendapatkannya.

Wallahu a’lam

ditulis oleh
dakwatmerah.blogspot.com
Read More | Komen
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini diurus dan diselenggarakan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin