stam

stam
Home » » PENGUMUMAN PENTING ... UNTUK LEPASAN AIM 2010

PENGUMUMAN PENTING ... UNTUK LEPASAN AIM 2010




Makluman tekini pelajar malaysia yang akan menyambung pelajaran ke Mesir
 Imtihan qabul akan diadakan tidak lama lagi . Inmtihan tersebut perlu daftar  dan  bayaran yang dikenakan RM100. Sila  ambil  borang imtihan qabul dan isi. serah pada Jabatan Agama Islam Negeri  masingg2. bg pd bhgn pddkn 
Perkara yang diperlukan untuk bawa bersama ialah 
 1)borg imtihan qabul. 
2)cabutan sijil lahir 
3)salinan sijil stam. 

 link utk muat turun  borang  http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php


JABATAN PENGAJIAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ARAS 1-3, BLOK E9, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62505 PUTRAJAYA



SYARAT PERMOHONAN MEMDUDUKI UJIAN KELAYAKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012



1. Adalah di maklumkan bahawa pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2011/2012 perlu menduduki peperiksaan kelayakan yang akan dijalankan pada bulan Julai 2011.



2. Pelajar yang berminat mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar bagi tahun 2011 adalah dipohon untuk mendaftar dan berhubung dengan Jabatan/Majlis Agama Islam negeri masing-masing bagi tujuan penyelarasan untuk ujian kelayakan. Pendaftaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada atau sebelum 31 Mei 2011 (Khamis).



3. Peperiksaan kelayakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar mencapai tahap cemerlang sebelum memasuki Universiti Al-Azhar. Hanya pelajar yang LULUS peperiksaan sahaja akan ditawarkan tempat ke Universiti Al-Azhar.



4. Pelajar Maahad Qiraat TIDAK PERLU menduduki peperiksaan ini dan boleh memuat turun borang permohonan kemasukan ke Universiti Al-Azhar dari laman web Jabatan Pengajian Tinggi di alamat http://jpt.mohe.gov.my/



5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Jabatan/Majlis Agama Islam mengikut negeri masing-masing.


Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia

Bahagian Pemasaran Pendidikan

Jabatan Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin