stam

stam
Home » , » Dakwah Berpaksi kepada Aqidah yang jelas- Ust Abdullah Zaik

Dakwah Berpaksi kepada Aqidah yang jelas- Ust Abdullah Zaik


Dakwah mestilah berpaksi kepada aqidah yang jelas iaitu beriman kepada Tuhan yang menciptakan seluruh alam dan segala sistem dan kehidupan dalamnya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang melanggar sistem yang telah disediakan oleh Allah maka dia kufur, ingkar dan tidak berhak untuk mendiami bumi Allah. Perkara ini disampaikan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika ziarah ke rumah beliau di Bandar Baru Bangi, Selangor.

 Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program yang dianjurkan oleh Majlis Nuqoba', Ma'ahad Tahfiz Ikatan Muslimin yang diberi nama Jaulah Ziarah Asatizah ISMA (JAZIM). Program diadakan bagi mengumpul dan menambah bekalan yang ada dalam diri para nuqoba' untuk melancarkan tarbiyyah dan dakwah di MATIN khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

 Selain itu, Ust Abdullah Zaik turut menegaskan dalam perkongsiannya bahawa bagaimana Islam yang perlu difahami oleh ummat pada hari ini perlulah berlandaskan seluruhnya pada Al-Qur'an dan Sunnah. Perkara ini hakikatnya sangat mudah untuk difahami dan disampaikan, kerana dakwah seperti itulah yang meresapi hati masyarakat membuatkan mereka merasa senang dan selesa dengan apa yang dibawa. Islam yang syumul itu tidak perlu lagi dicampur gaul dengan pakej Liberal dan modenisasi seperti yang berlegar-legar dalam masyarakat sekarang.


Turut tersenarai dalam tokoh yang diziarahi ialah Dr Zainurrashid, Naib Pengerusi, Ikatan Pengamal Perubatan Islam (i-Medik) dan Ust Abdul Halim, Exco Biro Dakwah ISMA. Moga mutiara yang dikutip dari mereka mampu untuk menggapai moto AIM yang sangat besar iaitu "Membina Generasi Harapan"

Gambar lain ketika program boleh didapati di sini

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin