Home »
» Cabaran sudah bermula ... Bermulanya peperiksaan STAM 2012..
Cabaran sudah bermula ... Bermulanya peperiksaan STAM 2012..
Akademi Ikatan Muslimin : 16 Oktober
Masa yang ditunggu sudah tiba , peperiksaan sebenar Sijl Tinggi Agama Malaysia telah membuka tirai cabaran yang cukup mendebarkan . Usaha yang bersungguh-sungguh sudah ditunjukan oleh kesemua calon STAM 2012 yang telah memberi tumpuan yang secukupnya . Sekarang masanya untuk mengingati kembali setiap kandungan-kandungan penting yang dikehendaki setiap matapelajaran . Dalam tempoh masa dua minggu iaitu dari 16 oktober hingga 23 Oktober semua pelajar perlu mengerah sepenuhnya tenaga fizikal dan mental bagi memastikan kejayaan "MUMTAZ" yang diimpikan . Namun, perlu diingat pesanan Rasulullah " Appabila Kita berusaha maka bertawakkallah kepada Allah" dan ingat juga " Kepada Allah ada haknya , kepada tubuh badan ada haknya " oleh itu , dalam kita menghadapi cabaran ini hubungan dengan Allah semakin dekat dan "online dengan Allah" semakin kerap dalam semua keadaan ... Kami warga AIM & MATIN mendoakan semua calon AIM tahun 2012 yang menduduki peperiksaan STAM mendapat ketenangan dan kejayaan yang cemerlang untuk ummah ......AMIN YA RAB
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 Komen:
Post a Comment