
3 Ogos 2010: Alhamdulillah, berkat izin Allah, pihak Akademi Ikatan Muslimin telah berjaya mengadakan satu majlis perpisahan khusus buat saudara Syed Salahuddin
(gambar, kiri) dan saudari Balqis
(gambar, kanan) yang akan terbang meninggalkan Malaysia tidak lama lagi. Mereka berdua akan berangkat ke Mesir bagi menyambung pelajaran ke Universiti Azhar di Kaherah, Mesir.
Masing-masing merupakan bekas kerani AIM dan penggerak sukarelawan Aman Palestin cawangan Perak yang beribu pejabat di AIM.
Program ini bermula pada jam 3.00 petang dengan menghimpunkan seluruh warga AIM di dewan kuliah AIM. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Syafiq Hibir, disusuli dengan ucapan perpisahan oleh saudara Nuaim selaku wakil dari pihak akademi.
Sejurus itu, Syed Salahuddin dijemput untuk memberikan kata-kata ucapan yang merupakan amanat terakhir daripada beliau sebelum penerbangan. Beliau turut menyuntik semangat warga mahasiswa AIM agar meneruskan usaha belajar untuk mencapai '10 MUMTAZ' pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) hujung tahun ini. Baginya, impiannya untuk ke Mesir sudah tertanam sejak sekian lama.
Bagi saudari Balqis pula, beliau menganggap bahawa nilai STAM itu adalah tinggi. "STAM merupakan kunci untuk membuka gedung-gedung khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para ulama' terdahulu di Mesir" katanya.
Majlis turut dimeriahkan dengan tayangan video, nasyid dan penyampaian hadiah sebagai tanda kenangan buat mereka sebelum berpisah. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang dengan jamuan ringkas.
Media AIM.
2 Komen:
Terkenang pula Syed dan kak Balqis.. Mubarak 'Alaikum..
kau pergi...pergi...(lagu aizat)
Post a Comment