stam

stam
Home » » Siswa AIM sertai 'Iftor Jamaei' ISMA Perak

Siswa AIM sertai 'Iftor Jamaei' ISMA Perak

Pada 26 Ogos yang lalu, pelajar siswa AIM seramai 30 orang telah menyertai sebuah rombongan menuju ke timur Perak, Grik bagi menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai 'Iftor Jamaei'. Program ini merupakan anjuran Ikatan Muslimin Malysia(ISMA) cawangan Grik, Perak. Sebanyak enam buah kereta telah mewakili AIM bagi menyertai program ini. Kami bertolak ke destinasi setelah usai menunaikan solat asar berjemaah di akademi. Perjalanan mengambil masa dua jam untuk sampai ke destinasi dan kami sampai di sana pada pukul 7.00 petang. Anatara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah Iftor Jamaei, tazkirah, terawih jamaei, taaruf, tadarus dan qiamullai pada awal pagi keesokan harinya. Dua objektif telah digariskan untuk program ini iaitu: - Memahami konsep Ramadhan serta kelebihannya, dan - Menghayati peristiwa Nuzul Al-Quran yang merupakan titik tolak tersebarnya Islam. Program berakhir pada pagi 27 Ogos. Tahniah buat siswa AIM yang telah menyertai program ini hingga ke akhirnya. Biro Media AIM

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin