stam

stam
Home » » TAHNIAH ....ANUGERAH KECEMERLANGAN STAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

TAHNIAH ....ANUGERAH KECEMERLANGAN STAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011













Kuala Lumpur , 2 Jun 2011 .

Dengan penuh rasa syukur kepada Allah , di samping ucapan tahniah kepada pelajar perintis Akademi Ikatan Muslimin Perak atas usaha dan doa , telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang setelah diberi pengiktirafan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) di dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM Dan UPKK Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan . 
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO` SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B) 

Seorang pelajar Akademi Ikatan Muslimin Perak , Umar Farouq Bin Morhalim telah dianugerahkan salah seorang daripada pelajar cemerlang STAM Kebangsaan  bagi tahun 2010  . 

Anugerah juga disampaikan kepada sekolah cemerlang STAM 2010 , Terdapat 6 sekolah cemerlang STAM tahun 2010 iaitu :

1. Maahad Johor  2. Kolaj Yayasan Islam Kelantan  , 3. Maahad Muhammadi Perempuan , 4. SAM Tinggi Sultan Hisamuddin Klang , 5. Akademi Ikatan Muslimin  dan  6. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang.

Semoga dengan penganugerahan dan pengiktirafan tersebut akan menyemarakan lagi semangat kepada semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2011 ini 

Sekalung tahniah kepada Umar Farouq Bin Morhalim dan keluarga atas kejayaan ini , semoga suatu hari nanti akan dapat berbakti pula untuk ummah yang dicintai .

Sekalung tahniah kepada tenaga pengajar yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu dalam pendidik putera dan putri Akademi Ikatan Muslimin , semoga usaha kita akan diberkati dan dibalas oleh Allah di sana kelak..... Amin

Untuk maklumat lanjut :http://www.islam.gov.my/en/node/35820 

2 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:
Anonymous said...

Tahniah!!Semoga generasi ke 2 AIM mampu pula membawa langkah pertama bagi AKADEMI IKATAN MUSLIMIN di samping cemerlangnya TARBIAH antum juga...MUMTAZ untuk DUNIA MUMTAZ juga untuk UMMAH!!!

Unknown said...

salam, mabruk alaikum! terus membina generasi harapan! salam dari kami ikhwah sindibad siberbay tanta mesir.


Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin