stam

stam
Home » » Tahniah .... kemunculan wajah blog baru , menyuntik semangat baru

Tahniah .... kemunculan wajah blog baru , menyuntik semangat baru

Assalamualaikum W.B.T

Ucapan tahniah atas usaha yang dilakukan mengubah corak baru yang lebih terkini blog Akademi Ikatan Muslimin serta menyuntik semangat baru meneruskan perjuangan untuk melahirkan insan harapan ummah . Semuanya bertitik tolak dari hati yang ikhlas nawaitu hanya kepada yang maha esa . Dengan niat yang ikhlas akan membuka hati dan minda menerima dan menempuh segala halangan dan cabaran yang menimpa . Hanya dengan niat yang ikhlas di dalam lubuk hati yang bersih dihiasi dengan nur iman yang menyala-nyala akan membuka hati dan jiwa manusia mencintai kita . Hanya dengan hati yang ikhlas yang akan dapat melahirkan insan-insan yang luar biasa seperti para sahabat dan para ulama generasi dahulu yang berjaya menggegarkan dunia dengan ilmu dan imanya .
Iman dan Ikhlas akan membuka ufuk fikiran yang mencerna gambaran matlamat kehidupan yang jelas dihadapan . Lakaran matlamat kehidupan yang jelas diibaratkan " Yang cerah lagi bersuluh" akan menggerakan seluruh tenaga dan jiwa menuju kearahnya . Bagi orang yang beriman , matlamat untuk menuju ke redhaan Allah menjadi impian akhir ... matlamat menjadi ummat yang terbaik yang bersifat amar ma`aruf nahi mungkar yang akan menjadi aktiviti wajib kearah mengapai keredhaan Allah . Akhirnya dengan keimanan , keikhlasan , keilmuan dan kejelasan matlamat serta beramal sebagai bukti keimanan akan lahir insan - insan cemerlang yang akan mengebarkan panji-panji islam yang terbilang di dunia dan di akhirat menuju ke syurga Allah yang amat dicita-citakan oleh seorang pejuang ........

Sekian untuk pertama kalinya ......

Wassalam

                                         

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin