stam

stam
Home » » CUKUPKAH MASA KITA ………

CUKUPKAH MASA KITA ………


Assalamualikum W.B.T .. Bersua kembali dialam maya . Kita bersyukur atas rahmahnya , dapat kita meneruskan kehidupan di alam yang penuh dengan cabaran dan cubaan ini . Bila sebut sahaja kehidupan terlintas di benak fikiran ,  betapa cepatnya masa berlalu . sebulan bagikan seminggu , seminggu bagaikan sehari dan sehari bagaikan hanya beberapa jam .
Bila sebut sahaja tentang masa , dalam bahasa arabnya berbunyi Al-waktu dan dalam bahasa Inggeris nya disebut “TIME” maka akan terlintas di dalam memori kita tentang intipati bait-bait ayat suci Al-Quran yang terdapat di dalam surah Al-Asr . Membicarakan tentang erti masa yang sebenar bagi seorang mukmin . Manusia akan rugi jika masa hanya dipenuhi dengan mengejar dunia semata-mata , tetapi amatlah beruntung jika masa yang sama diberikan kepada semua orang digunakan kearah membina iman dan amal  disamping mencari bekalan untuk dibawa dalam kehidupan di dunia dan kehidupan yang kekal abadi .
    Pengurusan masa memang telah lama dihidangkan kepada kita daripada ayat-ayat Al-Quran dan dari mutiara-mutiara hadis  telah  memberi  mafhum  betapa pentingnya kita berusaha memastikan masa tidak dibuang begitu sahaja .
   Dalam usaha melahirkan generasi Harapan yang ingin menjadi penyelamat ummah ,  kita wajib mengurus masa dengan baik untuk memastikan semua matlamat akan dapat dicapai . sebagai contoh , seorang pelajar Sijil Tinggi Agama sudah pasti mengidamkan  keputusan yang paling cemerlang apabila keputusan diumumkan nanti . Apa yang sepatutnya pelajar ini mengambil tindakan . Masa sudah semakin suntuk sedangkan matapelajaran begitu banyak . Ini yang akan memeningkan kepala .  Sebagai pelajar “ MUMTAZ UNTUK UMMAH “ perkara berikut perlu diambil
·        
       Matlamat yang jelas 

       Semua orang ada matlamat atau cita-cita dan ianya akan hanya jadi impian jika kita tidak berubah untuk menukar impian atau cita-cita menjadi kenyataan
·        
       Perancangan yang teliti  untuk Mumtaz 

        Perancangan bermula dengan semangat yang tidak pernah malap . Mengkoreksi diri dimana kelemahan diri  , meletak  mana yang penting dan yang lebih penting . Melakarkan aktiviti yang berkemampuan untuk dilaksanakan namun selalunya usaha luar biasa akan menghasilkan keputusan yang mengejutkan
·     
                Bukti dengan tindakan
  
Tanpa tindakan kita tidak kemana …. Seorang kanak-kanak pasti tidak akan boleh berlari jika pada mulanya ia tidak berani melangkah …langkah pertama akan memastikan kejayaan di masa hadapan
Ramai pelajar yang suka menagguhkan kerja inilah pencuri yang  selalu mengintai untuk mencuri masa kita  . Ramai juga yang memasuki perangkap masa dengan merasakan jauh lagi peperiksaan samalah juga kita sebagai orang beriman merasakan lambat lagi nak mati , jadi tak payah beramal akhirnya kematian sudah dihadapan kita . Dalam kontek pelajar AIM akhir sekali sudah mendapat jadual peperiksaan atau ujian lisan maka baru lah mula terkejut dan semasa itu semua kerja serba tak mengena. Akhir kata sebagai peringatan kepada si penulis dan semua pelajar Akademi Ikatan Muslimin ingat lah dengan ungkapan “ Masa itu ibarat pedang , jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita “  “ Masa itu kehidupan “ ….………..
 Satu pertanyaan yang memerlukan jawapan dalam diri sendiri “ adakan anda seorang yang membuang MASA………..”
Wassalam

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin