Ujian lisan diadakan bagi beberapa madah pelajaran sahaja iaitu Hadis, Hafazan Al-Qur'an dan Mutola'ah. Selain itu, pemeriksa juga akan menguji pelajar dengan hiwar (perbualan ringkas) untuk mengetahui tahap penguasaan asas bahasa arab. Lokasi dipilih ialah perpustakaan AIM yang serba baru ditambah penghawa dingin bagi melegakan stress pelajar dan pemeriksa (agaknya lah)..
Sebelum masuk menemui pemeriksa yang sebenar di dalam perpustakaan, pelajar yang sedang menunggu giliran mengambil peluang berlatih bersama calon STAM 2011 jayyid jiddan, Zabidi Azhar.
Sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang ditetapkan hendaklah memaklumkan kepada ust Azimi untuk memudahkan urusan beserta tunjuk sebab yang munasabah.
Buat masa ini, pelajar dilarang masuk ke perpustakaan, malah mendekatinya kerana takut mengganggu proses pemeriksaan. Bagi kebanyakan pelajar, ini merupakan suatu nikmat yang ditarik kerana mereka hilang tempat yang biasa mereka gunakan untuk belajar dan bermuzakarah tentang pelajaran serta isu-isu semasa selain sumber-sumber ilmu daripada rak-rak buku. Walau bagaimanapun dikenal pasti sebenarnya mereka merasai kehilangan nikmat penghawa dingin (aircond).
Dengan berlangsungnya ujian syafawi ini, diharapkan pelajar STAM dapat menyedari bahawa mereka sudah tiada masa kosong lagi untuk bermain-main, apatah lagi untuk makan KFC dan tengok movie kerana ini menunjukkan peperiksaan STAM sebenar sudah tidak lama lagi. Mereka juga harus sedar bahawa yang tinggal antara mereka dengan peperiksaan STAM sebenar hanyalah detik-detik yang akan berjalan dengan cepat. Moga selepas ini masa akan dipenuhkan hanya dengan belajar.
0 Komen:
Post a Comment