stam

stam
Home » » Huraian Surah Al-Humazah…

Huraian Surah Al-Humazah…

Huraian Surah Al-Humazah…

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh….

Suatu hari saya terbaca dua buah artikel dalam buku Gen-Q….

Yang pertama mengenai huraian surah Al-Humazah(Pencaci)…

Yang kedua pula ialah An-Namimah (Sejahat-jahat manusia)…

Jadi…saya mahu jadikan bahan ini sebagai tajuk tazkirah kali ini…saya mulakan artikel yang pertama iaitu Huraian surah Al- Humazah (Pencaci)…
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 9 ayat. Dinamakan surah "Al-Humazah (Pencaci), kerana pada awal surah ini, Allah Ta'ala memberi amaran dengan azab yang seburuk-buruknya kepada tiap-tiap pencaci, pengeji.

  1.   Humazah- Sifat mengejek dan mengumpat orang lain dibelakang
  2.   Lumazah-Ucapan sarkastik, penghinaan dan ejekan secara berhadapan

-Sifat ini lahir dari hati yang rasa lebih bagus dari orang…contohnya Orang yang sombong dan bermegah-megah dengan kesenangan dan kemewahannya, yang mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain, yang tidak mempunyai perasaan rahim untuk menolong orang-orang yang memerlukan bantuan, tidak akan dikenal atau disebut dengan sebutan yang baik di dunia apa lagi untuk menyelamatkan dirinya di akhirat. "la menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! Tidak! "Kerana yang mengekalkan dan mengharumkan nama seseorang di dunia dan di akhirat ialah ilmu yang berguna dan amal kebajikan.

-Golongan ini akan merasa azab didalam neraka HUTAMAH

-Didalam neraka ini ada,,,,api yang menyala dan membakar sampai ke hati, api yang ditutup rapat atas penghuninya dan penghuninya diikat pula pada tiang-tiang yang panjang….Ya Allah betapa dahsyatnya azab yang Allah janjikan kepada golongan ini…jadi,,sama –samalah kita muhasabah diri….

-Nama-nama orang yang memerli Rasulullah S.A.W

  1.  Umayyah bin khalaf
  2. Akhnas bin Syraiq
  3. Jamil bin Amir al-Jumatiyy
  4. Walid bin al-Mughirah

-Kenapa mereka mengejek dan memerli Nabi?....Hanya kerana Muhammad SAW telah membawa satu ajaran yang baru iaitu agama ISLAM…dan kemudian Allah menurunkan surah ini (al-Humazah) dan kutuk mereka dengan ‘wail’ –Nya  (ويل)

 -Kesimpulan  terakhir yang boleh saya simpulkan disini ini ialah, berhati-hatilah dari mengeluarkan perkataan yang akan menjerumuskan diri kita ke dalam golongan ini dan ke neraka HUTAMAH…Awas!!! Saya bukan hanya nak berkata-kata sahaja tetapi, praktis tu penting…
Seterusnya saya mahu beri peringatan buat diri dan juga sahabat-sahabat seperjuangan…

Jadi artikel yang kedua pula ialah an-Namimah (sejahat-jahat manusia)…
Saya mulakan sesi perkongsian saya dengan satu hadis Rasulullah yang mafhumnya:

-Daripada Asma’ binti Yazid RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu?” Mereka menjawab ; “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda;  “Mereka adalah orang yang apabila dilihat akan mengingatkanmu kepada Allah ‘Azza Wa Jalla”, kemudian Baginda SAW bersabda lagi; “Mahukah aku khabar kepada kamu tentang sejahat-jahat  manusia dalam kalangan kamu?” Mereka menjawab; “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda; “Yang banyak berjalan dengan membawa namimah . yang memisahkan antara kekasih , yang mencari-cari kesusahan orang yang baik (supaya orang yang baik mendapat susah)”. (HR Ahmad & Bukhari)

-Namimah: Menyampaikan kata-kata umpatan seseorang kepada pihak yang diumpat dengan tujuan merosakkan perhubungan, serta mencetuskan kemarahan dan permusuhan antara keduanya(yang mengumpat & yang diumpat)….orang itu dipanggil: Nammam
Jika seseorang menyampaikan kepada kita tentang umpatan orang lain terhadap kita, antara tindakan yang boleh diambil ialah:
1)  Jangan mudah percaya kepada nammam kerana nammam adalah Fasik
2)  Melarang dan menasihatinya agar berhenti daripada namimah
3)  Benci kerana Allah
4)  Jangan berburuk sangka kepada saudara kita, orang yang disampaikan tentangnya kepada kita kerana buruk sangka adalah haram dan dilarang.
5)  aJangan bertindak mengintip atau menyelidik demi mencari bukti untuk mengesahkan apa yang disampaikan oleh nammam
6)  Jangan terlibat atau terikut-ikut dengan perangainya.

-Kata-kata yang terakhir dari saya ialah “Mereka yang tidak menjaga akhlak, hakikatnya telah menjejaskan agamanya” dan “Gunakan dunia sebagai alat untuk membantu manusia & jangan sekali-kali biarkan hati kita dirasuk olehnya(dunia).”….Wallahua’lam…

                                                                                                ثمرة القلب شوقية
                                         

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin