stam

stam
Home » » Delegasi AIM Ke KEMM 2011

Delegasi AIM Ke KEMM 2011



Melaka, 1 Februari - Kira-kira 3600 peserta dari seluruh negara membanjiri Dewan Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi menyertai Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang berlangsung di sini 29 Januari lalu.
Konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Delegasi Akademi Ikatan Muslimin (AIM) juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam konvensyen tersebut. Seramai 46 peserta dari AIM telah tiba di kampus UTeM kira-kira pukul 7.30 pagi bersama pihak ISMA Perak. Konvensyen yang bertemakan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" ini telah memberikan pendedahan dan mengembalikan ingatan kami kepada hakikat kehebatan dan sejarah empayar Melayu Melaka. 
Konvensyen ini juga telah membuka minda para kami akan kepentingan mempelajari pahit manis para pejuang tanah air mempertahankan empayar daripada penjajahan Portugis. Kami berkesempatan mengikuti tiga pembentangan kertas kerja  dan sebuah forum yang bertajuk "Mengembalikan Jatidiri Bangsa melayu dan Islam".







0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin