stam

stam
Home » » Tahniah buat calon STAM Batch Pertama!!!

Tahniah buat calon STAM Batch Pertama!!!

Rabu, 2 Februari - Penantian yang ditunggu-tunggu dengan penuh harapan kini berakhir selepas keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi sesi 2010 diumumkan pada 31 Januari yang lalu.  Para Alumni AIM tiba di kampus AIM untuk mengambil keputusan peperiksaan. Wajah-wajah kelihatan ceria sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Seramai 9 calon telah mendapat pangkat mumtaz, 9 calon jayid jiddan, 5 jcalon jayid, 4 calon maqbul dan 6 calon rasib.Pihak Akademi Ikatan Muslimin mengucapkan sekalung tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kami yakin, kejayaan ini adalah di atas usaha, kecekalan, dan kerjasama antara tenaga pengajar dan juga pelajar. Pihak AIM juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Umar Farouq bin Morhalim dan Muhammad 'Izzat bin Husman atas kejayaan mereka menjulang pangkat mumtaz dalam semua matapelajaran.


Berikut adalah senarai calon yang mendapat mumtaz:
1. ABDUL SHAKUR BIN MUHAMMAD ZAMANI
2. AHMAD NAIM BIN MOHD RAIS
3. AHMAD NAWFAL BIN MOHD FATHEL
4. ISMAIL BIN MUHAMMAD JUFFRI
5. MUHAMMAD 'IZZAT BIN HUSMAN
6. MUHAMMAD RAMADHAN ALDIN BIN AZLAN KHALILI
7. UBAIDAH BIN ZAIDI
8. UMAR FAROUQ BIN MORHALIM
9. MUHAMMAD FAIZ LEE BIN ADI JOHAN LEE

Ini pula senarai calon yang merangkul jayid jiddan:
1. FATHIYYAH TASNIM BINTI ISHAK
2. MOHAMMAD AKMALUL EHSAN BIN ROSLI
3. MOHAMMAD AMIRUDDIN BIN ZAINUDDIN
4. MUHAMMAD AFFAN BIN MAT ZAHARI
5. MUHAMMAD NAIM SYAQIQ BIN MOHAMED BADORDIN@BADARUDDIN
6. MUHAMMAD SYAZWAN BIN MENON
7. ZAHRA BINTI ZAINURRASHID
8. RAJA MOHD ZULKAMAL BIN RAJA HISHAM
9. NURAINI SAKEENAH LEE BINTI ADI JOHAN LEE

Calon Jayid :
1. IRA AMIRUL BIN RAZALI
2. HARITHAH BIN MOHD YAZIZ
3. MOHAMMAD DANIAL B MOHD ASRI
4. MUHAMMAD IKRAMAH ALDIN BIN AZMAN
5. NUR MASLIANA BTE AHMAD PADZIL


Secara keseluruhannya :
Mumtaz = 27.3%
Jayid Jiddan = 27.3%
Jayid = 15.2%
Maqbul = 12.1%
Rasib = 18.2%

Sehubungan itu, para murabbi AIM dan seluruh penuntutnya menanamkan hasrat yang tinggi untuk berusaha meningkatkan lagi tahap pencapaian STAM 2011 berikutan pertambahan bilangan pelajar pada tahun ini. Kami berharap semua pembaca dapat mendoakan kami agar dapat mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi untuk masa akan datang.

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin