stam

stam
Home » » REHLAH AKADEMI 2011 DI SG. GOPENG

REHLAH AKADEMI 2011 DI SG. GOPENG


 

Gegaran buat semua warga AIM 2011,19 April yang lalu pihak MPP dengan kerjasama pihak pentadbiran telah mengadakan rehlah bersama. Rehlah ini telah diadakan bersempena cuti yang diambil pada hari keputeraan sultan Perak. Seramai lebih kurang 70 orang berjaya dikumpulkan untuk menyertai program ini hasil gabungan para asatizah,pelajar AIM dan Maahad Huffaz Wa Duat. Terserlah segala kegembiraan dan wajah-wajah girang pada air muka setiap peserta di sana. Benarlah kata orang, tautan ukhuwwah yang terbina dari hati ke hati mampu menimbulkan suasana yang cukup menarik di mana-mana.

 



-ust razmi sedang menyiapkan peralatan memancing-


-sesi tazkirah-



 
. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan di sana seperti mandi sungai,membakar ayam dan kambing,menjala ikan dan kami juga sempat mengadakan permainan seperti Puncak AIM, Bahtera Penyelamat dan ulat air. Pelajar-pelajar dan guru-guru bersama-sama menikmati hidangan tengahari diikuti solat zohor secara berjemaah sebelum pulang.







 
   Secara keseluruhannya,program rehlah ke Sg. Gopeng ini berjalan dengan lancar. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga AIM dan Maahad yang memeriahkan program.. moga ukhuwwah kita terus terpaut dan moga bertemu lagi di lain program…..

 

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin