stam

stam

MENJIWAI BAHANG ISRAK WAL MIKRAJ


 
“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”


27 Rejab 1432 tahun ini tanggal pada 29 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu. Saat ini merupakan satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

PENGENALAN
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam. 


PERISTIWA
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta Nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

PENGAJARAN
Daripada semua kisah tersebut,boleh disimpulkan dengan 2 pengajaran tersurat yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan harian:

1. Kewajipan solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajipan solat diwahyukan terus tidak seperti kewajipan ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajipan solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestin dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah juga kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.


Namun, tidak cukup sekadar itu. Berikut disenaraikan juga pengajaran yang tersirat yang mampu dijadikan pedoman yang amat bermakna kepada diri kita yang bergelar daie ilallah.
  • Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah Allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
  • Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
  • Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
  • Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
  • Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
  • Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, menguar-uarkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
  • Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala futur dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
  • Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
  • Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi.                                                                                                                                          semoga dapat beramal dan bermanfaat dengannya....
Read More | Komen

TAQWIM AMBANG RAMADHAN
Oleh : LUJNAH TARBIYAH AIM

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad



23
-Iftar Sunat
24
-Mukhayam
-SEMUM
25
-Mukhayam
26
-Mukhayam

27
28
-Artikel
-Isra’ Mi’raj
29
30
1
-Check Kerja Kursus
2
-Qiamullail
 Perdana
3
-Tayangan Multimedia
4
5
6
7
-Iftar Sunat
8
9
-MABIT
10
11
-Perasmian
12
13
14
-Iftar+Qiam (Rumah)
15
-Penutup
-½ Sya’ban
16
-MABIT

17
18
19
20
21
-Iftar Wajib
-Ceramah
22
23
-Qiamullail   Perdana
24
25
26
27
28
29
-Submit K.Kursus
30
31
-Ambang Ramadhan


Petunjuk warna :

BIRU               :   Peperiksaan Syafawi
KUNING         :   Program anjuran Lujnah Tarbiyah
KRIM              :   Lain-lain yang Penting


*Pesanan :
1.      Taqwim Ambang Ramadhan yang disediakan oleh Lujnah Tarbiyah memaparkan beberapa perkara-perkara penting pelajar-pelajar AIM sebelum memasuki bulan berkat Ramadhan Al-Karim.
2.      Disertakan juga program-program yang bakal dijalankan oleh Lujnah Tarbiyah sendiri, yang di highlight kuning,supaya mudah menjadi rujukan persediaan.
3.      Lujnah Tarbiyah berbesar hati mengalu-alukan kerjasama para murobbi dan pelajar-pelajar AIM dalam menghadiri dan menjayakan setiap program yang telah dirancangkan.
4.      Setiap perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Lujnah Tarbiyah, saudara Hasan Halim.
5.      “Ramadhan,bulan perubahan!”

Read More | Komen

HARI MURABBI AIM 2011 : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada guru-guru Akademi Ikatan Muslimin diatas jasa-jasa kalian dalam medidik dan membantu pelajar-pelajar STAM 2011. Kami pelajar2 STAM 2011 memohon ampun dan maaf sekiranya ade terbuat kesilapan. Semoga kehidupan guru-guru diberkati Allah.

Hari guru telah jatuh pada 16 Mei 2011, namun program ini ditundakan pada 17 Jun  disebabkan berlangsungnya peperiksaan pertengahan tahun. Program ini telah bermula pada hari Jumaat jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Antara aktiviti yang dilakukan :-

 7.30 pagi : membasuh kenderaan para ustaz dan uztazah 

para akhawat mengemas bilik guru




 program berlansung dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
 doa pembuka majlis oleh Mohd Qutaibah
 pesembahan nasyid oleh twin-twin
 penyampaian cendera mata kepada guru-guru

 potong kek.... mane kek x tak nampaklah....
jamuan makan tengah hari bersama

ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan proram ini. semoga ukhuwah kite dapat diiratkan lagi, disamping dapat menghargai jasa-jasa guru-guru kite. sekian sahaja, terima kasih.

Read More | Komen

TAHNIAH ....ANUGERAH KECEMERLANGAN STAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2011













Kuala Lumpur , 2 Jun 2011 .

Dengan penuh rasa syukur kepada Allah , di samping ucapan tahniah kepada pelajar perintis Akademi Ikatan Muslimin Perak atas usaha dan doa , telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang setelah diberi pengiktirafan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) di dalam satu Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM Dan UPKK Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Dewan Muktamar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan . 
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO` SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B) 

Seorang pelajar Akademi Ikatan Muslimin Perak , Umar Farouq Bin Morhalim telah dianugerahkan salah seorang daripada pelajar cemerlang STAM Kebangsaan  bagi tahun 2010  . 

Anugerah juga disampaikan kepada sekolah cemerlang STAM 2010 , Terdapat 6 sekolah cemerlang STAM tahun 2010 iaitu :

1. Maahad Johor  2. Kolaj Yayasan Islam Kelantan  , 3. Maahad Muhammadi Perempuan , 4. SAM Tinggi Sultan Hisamuddin Klang , 5. Akademi Ikatan Muslimin  dan  6. Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang.

Semoga dengan penganugerahan dan pengiktirafan tersebut akan menyemarakan lagi semangat kepada semua pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia tahun 2011 ini 

Sekalung tahniah kepada Umar Farouq Bin Morhalim dan keluarga atas kejayaan ini , semoga suatu hari nanti akan dapat berbakti pula untuk ummah yang dicintai .

Sekalung tahniah kepada tenaga pengajar yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu dalam pendidik putera dan putri Akademi Ikatan Muslimin , semoga usaha kita akan diberkati dan dibalas oleh Allah di sana kelak..... Amin

Untuk maklumat lanjut :http://www.islam.gov.my/en/node/35820 
Read More | Komen (2)

beliau memilih islam....KITA???

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960  beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”


JAWAB..
bagaimana dengan kita
dilahirkan Islam
TETAPI!!!!!!
Read More | Komen


stam

stam
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin