“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”
27 Rejab 1432 tahun ini tanggal pada 29 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu. Saat ini merupakan satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.
PENGENALAN
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.

PERISTIWA
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta Nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

PENGAJARAN
Daripada semua kisah tersebut,boleh disimpulkan dengan 2 pengajaran tersurat yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan harian:
Daripada semua kisah tersebut,boleh disimpulkan dengan 2 pengajaran tersurat yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan harian:
1. Kewajipan solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajipan solat diwahyukan terus tidak seperti kewajipan ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajipan solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.
Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.
Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.
2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestin dan merentasi 7 langit pada satu malam.
Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah juga kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?
Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.

Namun, tidak cukup sekadar itu. Berikut disenaraikan juga pengajaran yang tersirat yang mampu dijadikan pedoman yang amat bermakna kepada diri kita yang bergelar daie ilallah.
- Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah Allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
- Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
- Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
- Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
- Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
- Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, menguar-uarkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
- Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala futur dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
- Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
- Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi. semoga dapat beramal dan bermanfaat dengannya....
0 Komen:
Post a Comment