Program ini merupakan sebuah program yang diadakan oleh Lujnah Akademik Akademi Ikatan Muslimin (AIM). Program ini diadakan ekoran daripada cadangan yang diutarakan dalam siri mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar AIM. Selain itu, program ini juga dilihat berupaya mendedahkan kepada para pelajar tentang jati diri seorang pelajar mumtaz. Hal ini disasarkan kepada para pelajar AIM. Dengan adanya program ini, para peserta berupaya menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berharga dari pemberi motivasi yang berpengalaman. Seminar ini berlangsung pada 24 Jun 2011 bersamaan dengan 22 Rejab 1432H (Jumaat) dari pukul 7.30 pagi -12.00 tengah hari di Dewan Kuliah Al-Khawarizmi.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Rosidi Bin Shahari yang merupakan motivator MAP Training N Consultancy Sdn Bhd. Ceramah beliau bertajuk "Kenapa Perlu Mumtaz" telah memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar untuk mencapai mumtaz dalam STAMdan cara-cara untuk mencapainya.
Pada jam 11 pagi pula diadakan forum perdana bersama 2 orang pelajar Akademi Ikatan Muslimin yang mendapat mumtaz sofi pada tahun lepas iaitu, saudara Umar Farouq bin Morhalim dan Muhammad Izzat bin Husman. Forum ini lebih tertumpu kepada perkongsian pengalaman daripada ahli-ahli panel dan dipengerusikan oleh saudara Naim bin Asri.
Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari selepas penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli panel. Semoga seminar ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar generasi kedua untuk lebih bersungguh-sungguh menuju mumtaz STAM.
Home »
» Seminar Mumtaz Untuk Ummah
Seminar Mumtaz Untuk Ummah
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.

0 Komen:
Post a Comment