Setelah melepasi ujian syafawi dalaman, pihak Akademi Ikatan Muslimin telah menyediakan sebuah program yang telah sekian lama dirancang untuk dilaksanankan demi memenuhi sifat-sifat mu'min yang memerlukan kekuatan rohani dan fizikal. Program berlangsung selama 3 hari bermula dari 24-26 Jun 2011.
Program ini bermula selepas berakhirnya program Seminar Mumtaz Untuk Ummah (SEMUM) yang dijalanlan di Dewan Kuliah Al-Khawarizmi. Pada jam 3.00 petang, semua pelajar AIM diminta berkumpul di Surau Mujahideen untuk menaiki bas dan bergerak ke destinasi yang dituju iaitu Kem Pecah Batu, Kuala Kangsar.Perjalanan memakan masa selama 2 jam untuk tiba di destinasi. Seramai 60 pelajar telah menyertai program ini dan diiringi oleh beberapa asatizah. Ustaz Razmi bin Che Musa telah ditugaskan sebagai pengarah program dan beberapa orang fasilitator yang terdiri dari bekas pelarar AIM generasi pertama turut menyertai.
Setibanya di sana, kami bersolat Asar berjemaah dan aktiviti bermula pada sebelah malam dimulai dengan ceramah Mengenal Diri yang disampaikan oleh ustaz Tarmizi bin Zuhari. Selanjutnya, aktiviti diteruskan pada keesokan hari bermula dengan aktiviti Jungle Traking. Para peserta telah dibahagikan kepada 7 kumpulan yang diketuai oleh Encik Rodzuan sebagai Kem Komando. Aktiviti ini begitu mencabar fizikal dan mental para peserta sehinggakan sebahagian dari akhawat terpaksa menarik diri dari meneruskan pendakian kerana tidak sanggup menghadapi cabaran yang begitu mencabar kudrat. Walaubagaimanapun, para ikhwah telah berjaya melepasi halangan walaupun berkali-kali kecundang di tengah perjalanan dan sempat membersihkan diri di air terjun untuk meraih semula tenaga yang kian kering.
Pada jam 4.30 petang, para peserta telah disajikan dengan buah durian yang sungguh enak rasanya setelah puas memerah otak dalam aktiviti LDK yang dikendalikan oleh ustaz Ramadan." Mu'min yang kuat itu lebih disukai oleh Allah dari mu'min yang lemah"-maksud hadith. Sejurus itu, aktivi diteruskan dengan permainan ragbi yang memerlukan kekuatan fizikal yang kuat disamping memerlukan kerjasama yang erat antara ahli kumpulan. Aktiviti sebelah malam pula diteruskan dengan Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam yang memerlukan setiap kumpulan untuk mempersembahkan persembahan yang bertemakan "Ukhuwah Digarap, Amal Dicapai."
Keesokan harinya, aktiviti diteruskan dengan gotong-royong bersama-sama dan mengemas kawasan kem dan sekitarnya. Majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran YDP ISMA Perak. Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah penghargaan kepada para petugas dan penyampaian hadiah kepada semua kumpulan. Semoga dengan mukhayyam ini tercapailah tema proram iaitu "Ukhuwah digarap, Amal dicapai".
0 Komen:
Post a Comment