stam

stam
Home » » أهــلا و سهلا يا رمضـــان Perutusan Ramadhan

أهــلا و سهلا يا رمضـــان Perutusan Ramadhan


Datang lagi bulan yang dinanti-nanti oleh orang yang beriman . Bulan yang dipenuhi dengan Mauizaat , Bulan Muhasabah , Bulan Tazkirah , Bulan Transfomasi , Bulan Mujahadah , Bulan Al-Quran dan banyak lagi yang wajib diambil pengajaranya . Bukan bulan untuk mencari kuih dibazar Ramadhan yang tiada di bulan lain...

Bulan tawaran yang hebat , semua amalan berlipat-lipat kali gandanya . Manusia mana yang tidak tamak dengan ganjaran- ganjaran yang terhebat di dunia ini ... Tapi bagi orang mukmin ,  ganjaran yang hebat di dalam bulan Ramadhan tidak sama sekali dilepaskan peluang ini  yang datang setahun sekali


Nak rebut peluang dan tawaran ini atau tak ? ... Tahun depan tak tahu lagi adakah bulan tawaran ini sempat dirasai atau pun kita pergi menemui ilahi . Jadi sementara  nyawa masih di badan , jom kita pakat rebut peluang hebat yang tak terkata  ini . Semoga kita diberkati , untuk bekalan kita ke sana nanti . Antara ciri-ciri peribadi muslim ialah Tersusun dalam semua urusan dan menjaga masa , jadi cara mudah mengurus masa kita di bulan Rahmah ini ialah dengan menyurun masa dan amalan kita :
  

Latih diri kita dengan jadual ini sebagai latihan dan muhasabah diri semoga kita berjaya mendapat keredaan Allah . Muhasabah lah diri anda sebelum dimuhasabah oleh Allah .


Jadilah kita ummah beragenda dalam kehidupan , sebab Rasul diutuskan mempunyai agenda yang besar iaitu untuk membangun dunia dengan Agama Islam Yang tercinta . Ramadhan Juga datang bersama agenda itu ... semoga kita pewaris dan penerus kepada agenda Rasul tersebut .....Amin


SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH ........AMIN YA RABB

   كن ربانيا ولا تكن رمضانيا

Ustaz Zolkifli Ismail 
Pengarah Eksekutif, 
Akademi Ikatan Muslimin

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin