stam

stam
Home » » Malam Pesta Ibadah MATIN (MAPIM)

Malam Pesta Ibadah MATIN (MAPIM)

Pada hari Sabtu, 4/8/2012 bersamaan malam 17 Ramadhan, pihak Majlis Nuqaba', Ma'ahad Tahfiz Ikatan Muslimin (MATIN) telah mengadakan sebuah program sepanjang malam yang diberi nama MAPIM, singkatan kepada Malam Pesta Ibadah MATIN. Program yang diadakan hanya sepanjang satu malam ini sarat dengan akiviti yang memerlukan kepada kekuatan fizikal dan rohani para pelajar.

Beberapa objektif telah disasarkan bagi memastikan aktiviti yang dijalankan ini tidak berlalu dengan sia-sia. Objektif digariskan adalah seperti berikut;

1. Memastikan momentum semangat untuk menghidupkan Ramadhan pada tahap yang maksima.
2. Persediaan untuk mehabiskan tenaga semaksima mungkin pada 10 malam terakhir.
3. Membaiki kembali beberapa kelompongan dan kekurangan yang selalu dilakukan oleh pelajar MATIN.


Program bermula pada pukul 6 petang, di mana semua pelajar diarahkan mengangkut semua barang keperluan asas ke musolla AIM. Hal ini kerana mereka tidak lagi dibenarkan masuk ke dorm sehinggalah program tamat bagi memastikan displin sentiasa dijaga dan mendidik sifat pengorbanan meninggalkan ruang yang selesa. Sebelum berbuka puasa. mereka membaca ma'thurat kubra dalam bulatan besar. Kemudian mereka berbuka puasa mengikut kumpulan usrah. Tadarrus pula diteruskan selepas solat maghrib.


Seterusnya, solat tarawih dijalankan seperti biasa sebanyak 8 rakaat dan diikuti tazkirah ringkas daripada Pengarah program, Luqman Hakim Annuar. Pelajar diarahkan tidur sejurus selepas solat selesai kerana mereka perlu bangun seawal pukul 3 pagi keesokannya. Hal ini yang menjadi keistimewaan kerana bermula pukul 3 pagi, mereka dikejutkan untuk melengkapkan solat terawih 20 rakaat.





Kira-kira pada jam 4.30, mereka sudah selesai 20 rakaat beserta witir. Ia ditutup dengan aktiviti yang mengajak pelajar muhasabah kembali target Ramadhan, sejauh mana dapat mereka capai. Selepas itu, sahur bersama usrah dan subuh jemaah. Selepas subuh, diadakan sesi tazkirah oleh penceramah yang dijemput khas dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Faimaize Ibrahim. Dia mengupas tajuk kesan Ramadhan ke atas peribadi mu'min.




Keseluruhan program ditutup dengan sesi penggambaran bersama penceramah dan resolusi bersama murabbi masing-masing. Diharapkan susana Ramadhan di MATIN akan bertambah gencar dan berjaya membentuk peribadi muslim. Terima kasih juga kepada barisan Majlis Nuqaba' yang sanggup mengorbankan masa belajar di tengah2 musim peperiksaan percubaan STAM untuk melancarkan tarbiyyah MATIN.




0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin