stam

stam
Home » , , » Majlis Iftar Perdana AIM

Majlis Iftar Perdana AIM

Pada hari Jumaat, bersamaan 27/7/2012, pihak Akademi Ikatan Muslimin telah mengadakan Majlis Iftar (berbuka puasa) Perdana untuk para pelajar, mahasiswa Akademi Ikatan Muslimin, alumni, tenaga pengajar dan juga pihak pentadbiran serta ahli lembaga. Majlis yang telah diadakan dengan gemilang ini berjaya mengumpulkan seramai 100 orang warga AIM. 

Majlis bermula pada jam 6 petang dengan Forum Mumtaz daripada alumni AIM 2011, Ammar Ismat dan Muhammad Iqwan. Kedua-dua mereka mendapat mumtaz sofi (straight) pada peperiksaan tahun lepas. Antara penglaman menarik yang dikongsikan ialah bagaimana mahu menyeimbangkan antara belajar dengan ibadah pada bulan Ramadhan.

suasana pelajar yg khusyu' mendengar forum

Seterusnya, ketibaan hadirin tetamu kehormat bermula jam 7 petang. Antara yang turut hadir ialah Timbalan Mufti Perak, Ust Zamri Hashim dan imam dari Gaza, Palestin, Syeikh Neehad. Hadirin berbuka dengan kurma dan makanan ringan dahulu dan solat maghrib sebelum dihidangkan dengan makanan berat selepas maghrib. Walaupun sekadar beralaskan kanvas di dataran, hadirin kelihatan gembira dan meriah menikmati makanan. Solat maghrib diimamkan oleh Syeikh Neehad,

Syeikh Neehad bermesra dengan ust Akib

Antara yang paling menarik ialah agenda persembahan nasyid daripada kumpulan Ar-Ra'du feat. Adnin Roslan. Apa yang istimewa ialah mereka membuat kejutan kepada ust Shaharuzzaman berupa lagu Selamat Hari Lahir yang dinyanyikan asal oleh Saujana. Tambahan lagi kemunculan Umar Syahidi, anak sulung ust Shah yang dijemput untuk menyampaikan hadiah istimewa berupa jersi Palestin yang berharga RM50.



Selepas itu, hadirin mendirikan solat isya' berserta solat terawih di atas dataran AIM beralaskan kanvas. Selesai solat terawih 8 rakaat diikuti dengan witir, agenda diteruskan dengan tazkirah ringkas berkenaan Ramadhan dan Kemenangan Hakiki Ummat Islam daripada Timbalan Mufti Perak, Ust Zamri Hashim. Beliau turut mengupas berkaitan tragedi yang melanda ummat Islam di Rohingya.

Majlis ditutup dengan sedikit jamuan ringan moreh serta cabutan bertuah.

1 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:
Nawfal Fathel said...

AIM yang makin harmoni. teruskan amal yang baik ini

untunglah imam palestin datang..

untunglah ust zaman dapat jersi :)


Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin