stam

stam
Home » » Jaulah Ziarah Asatizah

Jaulah Ziarah Asatizah

Program yang disediakan sempena "Menjadi Seorang Ustaz" (MSU) sampai ke kemuncaknya. Jaulah (jelajah) ziarah asatizah menjadi program kemuncak yang berlangsung selama 3 hari. Dengan menaiki beberapa buah kereta yang cuba disumbatkan sebanyak mungkin peserta ke dalamnya, mereka merantau dari bumi Perak ke Bangi Selangor. Destinasi secara khususnya ialah Pejabat Pusat, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan juga pejabat ISMA cawangan Hulu Langat.


ISMA ialah badan bukan kerajaan (NGO) yang giat melakukan kerja-kerja dakwah masyarakat dan tarbiyah dalaman ahlinya sendiri sejak penubuhannya. Gerakan dakwah yang menjadikan asas panduan daripada Al-Quran dan Sunnah ini tidak pernah berhenti menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat Malaysia khususnya membangkitkan jati diri ummah ini yang sedang kelesuan. Tanpa terikat dengan mana-mana parti, ISMA tanpa takut mendepani arus Liberalisasi, Kristianisasi dan ancaman Syiah yang kian melanda masyarakat. Oleh itu ziarah ke ibu pejabat ISMA sudah tentu berbaloi untuk para pelajar mengambil curahan penglaman dan tinta mutiara ustaz-ustaz yang banyak bergiat dalam lapangan dakwah ini.

Selama 3 hari di Bangi, peserta telah dihidangkan dengan pengisian-pengisian yang mampat dalam jadual yang padat. Sesampainya mereka ke Bangi, mereka terus menjalani slot 1 pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Salman Al-Farisi, Pegawai Penyelidik ISMA. Tajuk perbincangan ialah "Antara Semalam dan Hari Ini" yang menceritakan tentang sejarah jatuh dan bangunnya ummat Islam, khususnya Khilafah terakhir iaitu Khilafah Uthmaniah. Penekanan khusus diberikan kepada peranan anak muda dalam membangunkan ummat yang hari ini dilihat kian susah untuk bernafas dan beridir atas kaki sendiri.


Keesokannya, menyusul pula slot ke 2 dan ke3. Slot ke2 dimulakan seawal jam 9 pagi yang disampaikan oleh Ust Annuar Salleh, Pengerusi Baitul Muslim yang merupakan antara pengasas awal ISMA. Perbincangn berkisar tentang kepentingan tarbiyyah dalam hidup seorang daie'. Secara terperinci, ust Annuar membongkar ibrah dan pengajaran yang dapat diambil daripada sirah Nabi Muhammad dan juga tafsir surah Abasa yang mampu dijadikan panduan bagi membentuk diri seorang daie'.


Slot ke 3 menampilkan sedikit kelainan apabila ust Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden ISMA megupas tentang sejarah Melayu dan hubung kaitnya dengan penyebaran Islam. Beliau menkankan betapa pentingnya bagi seorang daie' yang mahu membangunkan sesuatu masyarakat itu untuk mengetahui lebih awal sejarah sesuatu masyarakat atau kaum itu. Sebagai contoh sejarah Kesul;tanan Islam Melayu Melaka merupakan satu bukti bahawa bangsa Melayu yang dikatakan hari ini sebagai lemah mampu membina sebuah empayar besar yang mulia kerana dakwah Islam. Dia juga membongkarkan beberapa fakta sejarah yang sengaja digelapkan oleh barat kepada kita supaya kita tidak bangun semula untuk membina kekuatan dalam diri.


Setelah diisi bertalu-talu secara rohaniyah, aktiviti seterusnya ialah riadhah untuk menyihatkan badan. Peserta bermain futsal di gelanggang yang ditempah lebih awal selama 2 jam. Selain merehatkan minda, futsal kali ini merupakan futsal terakhir mereka bersama setelah setahun menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut di Akademi Ikatam Muslimin dalan mengambil peperiksaan STAM. Hal ini kerana setelah habis jaulah, mereka akan pulang ke rumah masing-masing.


Keesokannya, pengisian disambung semula dengan perkongsian pengalaman oleh ustaz Syairawi Mohd Nor. Apa yang dikongsikan ialah berkaitan dengan dakwah dan kefahaman tasawwur Islam sebenar yang kebanyakan manusia silap faham tentangnya. Jaulah berakhir dengan slot solusi dan penutup. Sebelum berakhir, mereka sempat melantik orang untuk jawatan-jawatan penting dalam Alumni AIM (ALAMI). Perlantikan dijalan secara undian yang hasilnya seperti berikut;

Pengerusi: Abdul Mun'im Afifi
Setiausaha: Firdaus Fakri
Bendahari: Abdul Halim Ismail

Sebarang aktiviti selepas ini dalam kalangan pelajar STAM generasi ketiga AIM akan diuruskan oleh mereka yang dilantik.
  
 
Program ini diharapkan dapat memberi impak yang minima terhadap jati diri, kesedaran serta semangat untuk bekerja demi menaikkan agama Islam sebagai agama yang tertinggi di dunia ini serta menyebarluaskan risalah yang berada dalam genggaman.

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin