stam

stam
Home » » Ohhhhhhhhhh,Baru tahu..

Ohhhhhhhhhh,Baru tahu..

Ohhhhhhhhhh,Baru tahu..


Assalamualaikum =)

Suatu petang yang tak berapa nak panas..

Semalam saya terbaca kisah Ahmad Ammar dalam majalah adik.Kisahnya sudah dibaca berkali-kali tapi hati tetap rasa terpegun setiap kali menghayati kisahnya.Peribadi AsSyahid Ahmad Ammar yang mampu menaikkan bulu roma.Terlalu sibuk menyampaikan dakwah diusia remaja yang commonly orang habiskan untuk berfoya-foya dan berangan setinggi arasy.

Dakwah.

Apa yang across on mind bila perkataan dakwah disebut ialah ,

Dakwah = Audience + Mimbar with ustaz (or khatib)sitting on there + suasana masjid..

Hmmmmmmm~

Itulah apa yang akan saya imagine untuk describe dakwah..

Tapi,sebenarnya saya cuma termasuk dalam golongan orang yang telah menyempitkan skop dakwah yang sebenarnya teramatlah besar.

So,don’t copy the way that im thinking about dakwah because if all people in the whole world think like the way i do,there’s nobody want to deliver Islam on this earth..

Let’s change our mind ^^

But now,I know.. =)

Rupa-rupanya dakwah bukan hanya dalam bentuk penyampaian je.

Buang sampah pun salah satu bentuk dakwah.I know -.-

Peeps would think that “what?!buang sampah je kottss..”

Dakwah apa kebendanya tu??

“Boleh buat orang kafir masuk islam ke??”And etc,etc..

Tapi itulah dakwah.Atau dalam erti kata lain,dakwah ialah menunjukkan akhlak yang baik.Contohnya kutip sampah,tolong angkat barang orang yang keberatan,or bagi sedekah..

Untungnya generasi Y zaman sekarang ni yang ada kemudahan media sosial.Lebih menyenangkan kerja nak berdakwah ni..Contoh paling simple melalui status facebook.Tak payah panjang ayat berjela pun.Cukup sekadar memberi peringatan kepada orang sekeliling kita dan paling penting sekali,diri kita sendiri..

Contohnya status facebook yang saya screenshot kat bawah ni

(atas permintaan tertentu,saya censored nama mereka..)







Itu kalau facebook.Okay kalau tak cukup ummph and nak lagi berkesan,boleh jugak sampaikan video dakwah menerusi YouTube.Contoh famous yang paling saya kenal,mestilah ustaz YouTube atau nama sebenarnya Ustaz Azhar Idrus also known as UAI. Dengan cara inilah anak muda zaman sekarang berminat nak mengikuti ceramah-ceramah agama yang satu masa dulu agak hambar dikalangan anak-anak muda. Student pulak macam MatLutfi. Belajar kat Australia pun ada usrah jugak. Bukan MatLutfi je. Anwar Hadi dan banyak lagi. Tak sanggup nak sebut semua..hehe =P

Berbekalkan ilmu yang ada,mereka ni sampaikan dakwah melalui cara yang tersendiri.Teringat saya kepada satu Firman Allah dan sebuah hadis Rasulullah yang berbunyi,

“Serulah manusia kejalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu,Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

Surah AnNahl [16:125]

“Sampaikanlah daripadaku olehmu walaupun sepotong ayat”

Sahih Al-Bukhari

Jangan risau kalau rasa diri kita ni tak perfect. Tu bukan alasan yang munasabah untuk sebab masih tak berdakwah. Mana ada orang yang perfect kat dunia. Kalau nak tunggu diri tu jadi perfect baru nak deliver Islam, sampai bila pun dunia takkan ada tokoh macam Badiuzzaman Said Nursi, Syeikh Ahmad Yassin dan banyak lagi.

Tapi bukan facebook dengan youtube je, Instagram, whatapp, wechat, dan banyak lagi media lain yang boleh kita gunakan dengan bermanfaat. Asalkan kita post atau update benda yang berfaedah dan memberi kesedaran pastu niatnya mestilah ikhlas dah boleh dikira dakwah.. Pernah kita buat macam tu?? Tahniah dan kalau masih meneruskannya, anda adalah salah seorang dari pewaris Hassan AlBanna dan of course penyambung tugas yang Rasulullah(SAW) diamanahkan kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi Yang Maha Esa.

See, how simple is dakwah actually =)

So, let’s begin our dakwah~



By : Syaffiqah Syahirany Akmal

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin