stam

stam
Home » » Biro Media anjur Bengkel Adobe Photoshop

Biro Media anjur Bengkel Adobe Photoshop

Pada 17 Julai 2010, satu kursus media Adobe Photoshop telah dianjurkan oleh Biro Media Akademi Ikatan Muslimin (AIM) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bertempat di Pejabat ISMA, Ipoh. Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran-kemahiran asas dalam pengendalian Adobe Photoshop. Peserta adalah seramai 20 orang yang majoritinya adalah dari AIM telah mengikuti kursus ini seawal jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang dengan bimbingan oleh saudara Hafiz Aris selaku pengajar.
Di awal program, saudara Muslim memberikan kata-kata aluan selaku wakil dari PEMBINA disusuli dengan ucapan daripada Mudir AIM, Ustaz Zolkifli b. Ismail selaku perasmi program. Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati terhadap pengetahuan serta skil-skil yang diperoleh melalui program ini.

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin