stam

stam
Home » » Rehlah bersama warga UTP dan ISMA Perak

Rehlah bersama warga UTP dan ISMA Perak

Salam Ukhuwwah! Pada hari Sabtu, 31 julai 2010 yang lepas,telah diadakan satu program rehlah di Teluk Senangin,Perak Darul Ridzuan. Kebanyakan yang terlibat adalah dari kalangan beberapa orang mahasiswa A.I.M dan penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta keluarga-keluarga ISMA di sekitar Perak. Jumlah keseluruhan yang menyertai program ini adalah dalam lingkungan lebih 60 orang. Diantara objektif yang telah digariskan ialah: 1)Merapatkan ikatan hubungan di antara ahli keluarga ISMA Perak. 2)Mengukuhkan perkenalan antara mahasiswa A.I.M dan penuntut UTP Program ini telah berlangsung selama sehari, iaitu bermula dari awal pagi sehingga petang. Banyak aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program yang dikendalikan oleh saudara Syafiq dari UTP. Antaranya ialah "Selipar Terbang","Bola Pantai","Piramid Laut","Buaya biawak" dan banyak lagi. Turut memeriahkan program ini ialah Ustaz Shaharuzaman b. Bistamam yang merupakan Ketua Biro Dakwah ISMA Perak merangkap pensyarah A.I.M dan Encik Ishak Bin Dun selaku Timbalan YDP ISMA Perak. Media AIM

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin