الســــلام
عليكم ورحمة الله
Dari Hati Ke Hati ……
Bersua kembali di laman maya bersama
dengan harapan yang menggunung untuk melihat generasi Harapan ummah Lahir .
Selepas pengajuran Ekspo Dunia Islam yang telah dijalankan oleh Majlis
Perwakilan Pelajar , telah menyuntik semangat yang lebih berkobar-kobar meneruskan
perjuangan terutama di dalam pendidikan , bagi melahirkan anak-anak muda yang
menpunyai semangat juang seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang Berjaya membuka
kota yang hebat ketika itu iaitu kota Constantinople ,
Anak-anak muda yang mempunyai api perjuangan yang membara di dalam diri seperti
Solahuddin Al-Ayyubi , dengan gagah dan berani membuka kota palestin atau kita
hendak melahirkan anak muda yang berjiwa seperti pejuang moden Hassan Al-Bannna
, Syikeh Ahmad Ismail Yassin dan ramai lagi para syuhada yang terkorban demi
mengebarkan bendara Islam .
Bukan Mudah hendak menjadi
orang hebat seperti mereka tetapi bukan mustahil untuk jadi seperti mereka .
Menjadi Sunnatullah , untuk Berjaya perlu
berusaha . Untuk cemerlang perlu persediaan lebih cemerlang .tetapi untuk mundur adalah
sebaliknya
Cemerlang bermula dari kita , cemerlang bermula dari
proses kita disediakan . Cemerlang
bermula dari langkah yang pertama . bermula dari niat kita untuk yang pertama
untuk cemerlang .
Rata-rata kita melihat dan
mengkagumi orang yang sudah cemerlang atau yang sudah berjaya tetapi kita tidak
melihat kenapa dia berjaya . Apakah persediaan untuk berjaya . Bila ia bermula
untuk berjaya . apakah halangan untuk berjaya .
Lihat sahaja Serah para Rasul yang menyingkap pengajaran yang mendalam kepada kita , untuk
kejayaan , mereka terpaksa menghadapi cabaran dan halangan .Namun mereka kental
dan teguh walaupun hingga ke titisan keringat dan darah yang terakhir .
Kenapa semuanya berjaya ?
kerana mereka adalah pemuda-pemuda hebat yang mempunyai ciri – ciri yang hebat
. Adakah kita mempunyai cirri itu ?
·
Mempunyai
niat yang jelas ( (إنما
الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى
Dari langkah yang pertama ,
orang yang cemerlang ( Mumtaz ) Jelas hala tujunya , jelas sejelas –jelasnya .
Orang yang kabur niatnya ialah orang yang mempunyai kecelaruan di dalam
hidupnya . Umpama nak ke Kuala Lumpur tetapi niat nak ke Kedah … Pening juga
kepala kita dibuatnya orang yang sebegini ..
·
Minda
beragenda melakar kecemerlangan ummah
Orang yang cemerlang sudah
melakar peta mida di dalam benak fikiran perjalan hidup yang jelas sebagi
agenda untuk dibawa . Sebagai contoh Mesyuarat tanpa agenda yang jelas anak
menjadikan mesyuarat yang panjang dan menyimpang dari tujuan yang sebenar .
·
Persedian
diri yang mantap
Orang yang hebat telah mula
menyediakan diri dari langkah pertama . Bersedia dengan kemantapan imanya , ilmunya , peribadinya , ilmu dan
kemantapan jiwanya
·
Cita
– cita yang tinggi
Seperti mana tokoh-tokoh yang
telah disebut mempunyai cita-cita dari kecil untuk melakukan sesuatu yang besar
seperti membebaskan kota paletin walaupun masanya masih begitu jauh
·
Tidak
mudah putus asa
Kehidupan ini adalah ujian ,
bila ditimpa dengan kesenangan kebanyakan orang akan leka tetapi bila diuji
dengan kesusahan dan rintangan ramai manusia akan berputus asa … ujian pertama dah mula menggangkat bendera
putih menyerah diri . Bukan mudah untuk senang dan cemerlang …. Tapi sungguh senang untuk tidak cemerlang ….
Lepak saja
·
Bijak
mengatur Strategi
Mengatur strategi untuk
cemerlang , bukan mengatur strategi untuk gagal dan mundur . maksudnya kalau
ingin cemerlang , buat cara untuk
cemerlang tapi kalau nak cemerlang tapi masih berlepak , masih tak ada matlamat
, masih buang masa … jangan salahkan diri atau orang lain kalau gagal dalam
kehidupan …. Atau gagal dalam STAM bila slip keputusan sudah ditangan … masa
itu menangis pun dah tak berguna
·
Mampu
melakukan semua tugas
Tanpa da kemalasan - اللهم إني أعوذ بك من الهم
والحزن والعجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخ
Tanpa ade kebosanan ,
tanpa ada keluh kesah untuk mencapai kecemerlangan itu qudwah yang ditunjuk
oleh para rasul dan pejuang dahulu
banyak mengajar kita
·
Ketentuan
Allah
Apapun usaha kita semuanya atas
kententuan Allah , kita hanya berusaha tapi Allah saja yang memberi … Allah
tidak pernah memungkirinya . Ingat kalau kita kuat berusaha tetapi gagal bukan allah tidak tolong kita tetapi ada
hikmah yang tersirat disebaliknya dan mungkin Allah menyuruh kita muhasabah
sebab-sebab kegagalan tersebut … oleh itu berhubunglah dengan lebih akrab
dengan Allah yang menjadi pemilik hati manusia , allah yang menjadi pemilik
manusia , Allah yang menjdi pemilik alam smesta .
Mungkin inikah
beberapa intipati kenapa Ekspo Dunia Islam diadakan oleh Majlis perwakilan
Pelajar yang perlu diambil oleh kita ? renung-renungkan sejenak
Akhir kalam wal
kalimat dalam kesempatan ini . Satu persoalan yang ingin ditinggalkan di dalam
diri , hati dan fikiran saya sudahkah kita jadi Muslimin hebat atau pelajat
muslim hebat , kalau belum apa tunggu lagi … adakah kita nak tunggu hari pertama
peperiksaan STAM atau kita nak tunggu hari keputusan STAM sudah ditangan ( bagi
pelajar-pelajat Akademi Ikatan Muslimin ) . Atau kita nak tunggu bila hembusan
nafas terakhir yang akan keluar dari kerongkong kita … Ayoh kita fikirkan bersama demi kecemerlangan untuk ummah bagi membela
Islam yang kita cintai ……
Wassalam …
0 Komen:
Post a Comment