Pernah sekali saya berbual dgn rakan seperjuangan setelah berpenat
lelah berjuang menelaah pelajaran.. Tiba-tiba keluar satu kenyataan yang saya
rasa tidak boleh dinafikan kebenarannya..
"ujian
kesenangan lebih susah daripada ujian kesusahan"...
Pendapat ini
mungkin keluar melalui pengalaman hidup sendiri tetapi bila dikaji..ada
kebenarannya...
Sebelum melangkah
lebih jauh..suka untuk saya membawa beberapa kisah... Satu kisah yg cukup
popular bagaimana seorang abid yang meminta nabi pada zamannya untuk mendoakan
agar diberi kekayaan kepadanya..namun pada awalnya nabi menolak..
Kemudian
abid tersebut meminta lagi dgn gaya yang bersungguh-sungguh,maka nabi terpaksa
akur.. Hendak dijadikan cerita..abid ini yang pada mulanya seorang yang rajin
beribadat dan rajin pergi ke masjid..akhirnya wajahnya sudah tidak kelihatan di
masjid kerana beliau sibuk dengan urusan menguruskan hartanya..
Banyak lg
kisah-kisah yang boleh kita jadikan iktibar.. Orang pandai yang bangga dengan
kebijaksanaannya..orang kaya leka dengan harta.. Orang yang berpengaruh dan
berkuasa salah guna kuasa dan zalim pada orang lain dan pelbagai lagi..
Kesan hidup di zon
ini...mgkn nampak seronok dan selesa..
Namun ia memberi
yang kesan buruk pada banyak aspek..
Antaranya ialah
merasa cukup pada amal menyebabkan usaha mncapai sesuatu tidak sehingga tahap
sehabis baik atau bak kata pepatah bagai melpaskan batuk di tangga..
Selain itu wujud
perasaan malas dan lebih suka untuk berehat2..
Dan tidak
dinafikan..keselesaan menyebabkan ramai manusia tersimpang dari jalan &
tujuan asal penciptaan kira di dunia..
Bagi saya..sesiapa
yang berjaya melepasi ujian kesenangan ini,mereka mampu menghasilkan peribadi
yang berkualiti tinggi dan tahan dengan pelbagai godaan..
Namun ujian tetap
ujian.cabaran hidup harus diteruskan..andai kita berjaya,ganjaran syurga Allah
sediakan..
0 Komen:
Post a Comment