stam

stam
Home » » Menjadi Seorang Ustaz

Menjadi Seorang Ustaz

Peperiksaan STAM bagi tahun 2012 sudah tamat dan selesai sepenuhnya, namun bumi tarbiyyah Akademi Ikatan Muslimin masih belum sunyi dari kekosongan pelajar. Berbaki lagi sebulan, pelajar-pelajar AIM dihidangkan dengan satu program besar yang dijalankan selama sebulan bagi melengkapkan pakej pentarbiyahan yang disediakan meliputi pembinaan jatidiri, persediaan dan latihan kepimpinan asasi untuk para pelajar masuk ke dalam masyarakat.

Program yang dinamakan sebagai Menjadi Seorang Ustaz (MSU) dibuat untuk mengetuk pintu hati pelajar bahawa merekalah sandaran utama bagi mengislahkan masyarakat kerana mereka ialah orang yang merintis jalan untuk mendlami ilmu agama secara langsung. Oleh itu, sepatutnya tiada lagi waktu rehat bagi mereka, sebaliknya waktu yang ada perlulah diisi dengan persediaan yang rapi agar diri mereka benar-benar mampu untuk memberi kesan dalam masyarakat itu sendiri.

Di akhir program ini, pihak AIM berharap agar 3 objektif utama yang digariskan dapat dicapai iaitu;

1. membentuk peribadi muslim dalam diri peserta.
2. Melatih kemahiran insaniah peserta.
3. Membentuk satu komuniti yang berkongsi aspirasi Islam mereka secara berterusan.


Diharapkan supaya pelajar-pelajar AIM dapat mengambil segala macam manfaat dan sebanyak mungkin faedah daripada saat2 akhir mereka di sini. Moga mereka pulang ke pangkuan masyarakat dengan memberi kesan insyaAllah.

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin