stam

stam
Home » » Training of Trainers Aman Palestin

Training of Trainers Aman Palestin

Bulan terakhir bagi pelajar STAM diisi dengan program-program yang bakal menyediakan diri mereka orang yang cukup berguna untuk masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan dalam bulan Menjadi Seorang Ustaz ialah Training of Trainers (TOT) yang mendapat kerjasama daripada Aman Palestin Berhad, sebuah agensi yang konsisten menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin khususnya Gaza.

Training of Trainers (TOT) ialah satu seminar khas untuk memberikan gambaran kasar secara teori kepada peserta untuk bekerja sebagai sukarelawan membantu menyampaikan mesej kesedaran tentang Palestin kepada semua orang. Sebelum menyampaikan kepada orang lain, seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mendalam dalam dirinya sendiri terlebih dahulu. Oleh itu, program ini dimulakan dengan slot pertama bertajuk "Peranan Pemuda dalam Isu Palestin" yang disampaikan oleh Akhi Jaafar Othman, seorang aktivis Aman Palestin Cawangan Perak.


Dalam slot ini, Akhi Jaafar menitik beratkan kepada semua perserta bahawa isu Palestin adalah isu ummat Islam. Semestinya sebagai seorang pemuda Islam yang merupakan sebahagian daripada ummat ini mestilah sentiasa peka dan prihatin dengan apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi pemuda mempunyai kekuatan dan kelebihan luar biasa yang tiada pada generasi tua. Pemuda wajib lakukan sesuatu yang berkesan dan benar-benar menyedarkan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya isu Palestin dan Al-Aqsa dalam ummat Islam. Penyampaiannya telah berjaya membakar hati peserta TOT yang kesemuanya merupakan orang muda, bahkan lepasa Sijil Tinggi Agama Malaysia yang mengambil berat lebih tentang agama.



Program diteruskan dengan perbincangan latihan dalam kumpulan (LDK) yang diuruskan oleh En. Khairul Amin selaku Pengurus Aman Palestin Cawangan Perak. Peserta dibahagi-bahagikan dalam kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang. Setiap kumpulan diminta mengadakan perbincangan dalam kumpulan masing bagaimana cara yang paling efekti mampu mereka lakukan untuk mengutip dana untuk Palestin dalam masa seminggu. Untuk pengetahuan Aman Palestin ada mengadakan kutipan tabung kilat sempena serangan kejam Zionis ke arah penempatan rakyat Palestin di Gaza. Selepas perbincangan, setiap kumpulan membentangkan perancangan mereka dan melaksanakannya dalam masa seminggu.


Pelbagai cadangan dan peracangan telah diberikan oleh peserta.Walaupun terdapat beberapa cadangan yang agak mustahil dari perlaksanaannya atau kurang efektif kesannya kepada masyarakat, namun semangat juang yang tinggi dan kesungguhan yang ditunjukkan harus dihargai kerana perjuangan itu sangat mahal harganya walaupun sedikit.

TOT ini diharapkan dapat memberikan satu pengalaman yang berharga kepada peserta agar memanfaatkan masa yang ada pada tahun depan untuk menyebarkan isu Palestin dan kesedarannya kepada masyarakat di tempat masing-masing. Hal ini telah memberikan kepada mereka suatu amanah dan kerja yang berat sepanjang cuti mereka yang panjang pada tahun depan..

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin