stam

stam
Home » » Wacana ABN (agama, bangsa, negara)

Wacana ABN (agama, bangsa, negara)




 Kemahiran bercakap merupakan antara satu kemahiran yang paling penting dikuasai oleh seluruh ummat Islam terutamanya daie' kerana lisanlah medium paling utama untuk menyampaikan sesuatu. Ilmu yang berkepuk di dada tiada gunanya jika seseorang itu tiada semangat atau keinginan yang tinggi untuk menyampaikannya kepada orang lain. Untuk memudahkan ilmu itu difahami oleh orang lain serta dapat disebarkan dengan baik, satu program khas untuk melatih kemahiran bercakap para pelajar lepasan STAM telah diadakan.


Program yang diberi nama ABN singkatan daripada Agama, Bangsa dan Negara memberi peluang terbaik kepada peserta untuk menajamkan lagi skill berpidato atau pengucapan awam. Peserta diberi tajuk bebas untuk bercakap apa sahaja mengenai agama, bangsa atau negara. Masa diberi selama 15-30 minit dan dikehendaki menggunakan slideshow.

Setiap pelajar telah diberikan jadual dan pemberitahuan awal kepada mereka agar mereka bersedia dan tidak menghabiskan masa kosong yang mereka ada dengan perkara yang kurang berfaedah selain mencari bahan untuk pembentangan ABN tersebut. Komitmen yang diberikan hampir sepenuhnya membuatkan setiap peserta berjaya samada memberikan kesedaran, menyampaikan ilmu, membuka minda mahupun menghiburkan para pendengar.


ABN membuka tirainya dengan giliran pembentangan Ketua Badan Dakwah dan Rohani sendiri iaitu Zaid Zainurrashid yang membentangkan perihal Dakwah. Beliau banyak menekankan kepada permasalahan ummat yang kian memberati dunia Islam hasil daripada pengabaian dakwah dalam diri masyarakat. Seterusnya Ahmad Lutfi pula tampil memberikan gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam yang sering disalah faham oleh orang Islam itu sendiri. Tajuk yang dibentangkan ialah "Inilah Islam".


Para pembentang lain yang menyerlah ialah Abdullah Syahir yang membentangkan tajuk Muamalat Dalam Islam. Kemungkinan besar dia bakal menjadi seorang tokoh muamalat menggantikan Dr Zaharuddin. Tuan Ahmad pula menginsafkan para pendengar akan kewajipan memerangi hawa nafsu yang sentiasa menggoda diri ini. Arif Zamani pula menyedarkan tentang satu jihad yang sering diabaikan iaitu Menjaga Kesihatan, selain pembentangan memukau Hikmat Esa tentang pencerahan Liberalisme, Pluralisme dan Humanisme.


Harapan daripada program ini agar para peserta membranikan diri untuk menyampaikan risalah Islam ini kepada masyarakat walaupun hanya dengan beberapa perkataan atau beberapa minit. Ummat Islam hari ini memerlukan seorang yang menyampaikan mesej tanpa berselindung atau malu-malu.

0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin