Bertempat di Amir Chalet, Sitiawan, Perak, seramai 60 pelajar telah mengikuti program yang diadakan selama 3 hari 2 malam dengan jayanya. Program ini diadakan pada 26-28 Mei 2013. Mukhayyam MATIN 2013 adalah program tahunan anjuran pihak pentadbiran Akademi Ikatan Muslimin untuk melahirkan jati diri pelajar tahfiz yang menuntut di sini.
Mengambil inspirasi Hasan al-Banna sebagai contoh, tema mukhayyam tahun ini adalah "ha ana zaak" yang memberi maksud "inilah aku". Antara objektif yang digariskan adalah memupuk disiplin, mengenal potensi diri,menanam ciri-ciri keimanan yang sempurna dan memahami tuntutan qawiy jism.
Pelbagai respons dan reaksi para pelajar dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang disusun. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru dan para fasilitator yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program mukhayyam MATIN 2013 ini.
|
barisan fasilitator akhawat |
|
akibat tidak menjaga disiplin ketika mukhayyam |
|
barisan fasilitator ikhwah |
|
explorace di hari ke-2 |
|
di samping aktiviti lasak, aktiviti kerohanian tidak dilupakan |
|
para peserta diajar untuk berkayak |
0 Komen:
Post a Comment