stam

stam
Home » » Mumtaz Untuk Ummah

Mumtaz Untuk Ummah

Alam persekolahan tidak asing lagi dengan peperiksaan dari segi lisan atau bertulis. Peperiksaan penting kerana melalui peperiksaan dapat kita menguji kefahaman dan penguasaan kita terhadap subjek yang telah dipelajari. Oleh sebab itu, peperiksaan yang dijalan oleh pihak sekolah mestilah tidak dipandang remeh. Bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang yang akan diadakan oleh sekolah, para pelajar mestilah mengetahui apa yang perlu ada dalam diri setiap penuntut ilmu.

Antara perkara penting yang perlu ditekankan oleh pelajar dalam menuntut ilmu adalah fokus dalam kelas sewaktu guru mengajar. Fokus sangat penting dalam membantu pelajar memahami satu matapelajaran. Lebih-lebih lagi matapelajaran yang berkaitan dengan bahasa asing seperti bahasa arab. Menurut kajian, fokus ketika guru mengajar memberi impak lebih besar berbanding membaca buku secara individu. Jika ditanya kepada pelajar cemerlang, bagaimana cara efektif dalam pembelajaran. Semestinya mereka akan menjawab fokus dalam kelas. Oleh itu, setiap pelajar mestilah menjauhi perkara yang menyebabkan hilangnya fokus seperti tidur, berbual dengan rakan dan berkhayal sewaktu sesi pembelajaran.

Salah satu perkara yang dinyatan oleh Imam Syafie dalam usaha untuk menjadi pelajar terbaik adalah tamak. Tamak yang dimaksudkan bukanlah tamak yang fasad seperti Qarun atau Firaun, tetapi tamak yang dimaksudkan adalah keghairahan untuk mendapatkan sesuatu. Keghairahan untuk pelajar mestilah ada dalam setiap peribadi penuntut ilmu. Dengan adanya keghairahan untuk belajar, pelajar tidak akan rasa bosan untuk belajar. Keghairahan untuk belajar juga dapat menyedarkan pelajar bahawa belajar bukanlah untuk peperiksaan tetapi untuk mengapat ilmu seteterusnya mendapat keredhaan Allah. Terangkanlah bahawa keghairahan atau tamak dalam mencari ilmu sangatlah pentring kerana dapat menghilangkan rasa jemu terhadap belajar.

Pelajar Malaysia di Mesir sangat terkenal dengan membuat nota. Nota ataupun ringkasan sudah menjadi satu perkara penting dalam membantu pelajar Malaysia di Mesir untuk lulus dalam ujian. Membuat ringkasan dalam setiap bab yang ada dalam matapelajaran adalah sangat penting kerana dengan membuat ringkasan seseorang pelajar dapat mengulang kaji dan memahami lagi setiap apa yang telah dipelajari. Oleh sebab itu, pentingnya, setiap pelajar membuat ringkasan atau nota sendiri.

Seterusnya, pelajar mestilah menjadi seorang yang aktif. Aktif di sini boleh dimaksudkan dengan dua perkara. Pertama, pelajar mestilah berusaha dalam menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara spontan sewaktu sesi pembelajaran. Pelajar luar contohnya dari negara timur tengah, mereka sangat suka untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Kedua,  pelajar mestilah tidak malu dan rajin untuk bertanya kepada guru apa yang tidak difahami, ini bersesuaian dengan pepatah melayu "malu bertanya, sesat jalan". Malu juga mestlah bertempat, Islam sangat memuji orang yang tidak malu dalam bertanya soalan tentang hukum agama seperti seorang sahabat besar Rasulullah memuji seorang wanita Ansar yang tidak malu bertanya kepada Rasulullah tentang fiqh wanita.

Akhirnya, dalam setiap penuntut ilmu mestilah mempunyai tawakal yang tinggi kepada Allah dan selalu berdoa kepada Allah supaya membantu kita dalam menuntut ilmu. Kita yang merancang tetapi Allah yang menentukan. Allah lebih mengetahui.


0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin