stam

stam
Home » » AHLAN WASAHLAN GENERASI PERTAMA MAAHAD HUFFAZ WAD DUAT

AHLAN WASAHLAN GENERASI PERTAMA MAAHAD HUFFAZ WAD DUAT



Seluruh warga Akademi Ikatan Muslimin mengucapkan selamat datang kepada generasi pertama Maahad Huffaz Wa Duat. Maahad Huffaz Wa Duat merupakan rintisan usaha untuk melahirkan generasi huffaz harapan bagi meneruskan perjuangan membawa risalah Islam di samping menjadi tunjang dalam mempamerkan qudwah hasanah kepada masyarakat. Seramai 8 orang pelajar telah datang berdaftar di pejabat AIM pada pagi Ahad, 6 Februari. Sesi pendaftaran telah disusuli dengan sidang taklimat yang diacarakan oleh al-akh Hanafi Md Muidnuddin.
Akh Hanafi mempengerusikan majlis



Usta Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak telah mengucapkan selamat datang kepada para pelajar.Ucapan beliau disusuli dengan ucapan alu-aluan. Ustaz Shahruzzaman selaku Pengetua Maahad Huffaz Wa Duat.

Ustaz Shahruzzaman selaku Pengetua Maahad Huffaz Wa Duat

Ustaz Zolkifli Ismail, pengetua AIM telah menyampaikan taklimat kepada hadirin mengenai perjalanan pelajar di maahad. Beliau berkata bahawa penubuhan maahad ini bertujuan melahirkan generasi huffaz Al-Quran yang bercirikan muslim sejati kerana pemerhatian terhadap masyarakat kini yang kian runtuh jati dirinya. Beliau juga membangkitkan isu segelintir remaja dalam masyarakat Melayu kini yang bergelar hafiz tetapi tidak menampakkan kehidupannya sebagai seorang hafiz. Faktor penyebab isu ini adalah mereka hanya mengingat ayat Al-Quran di dalam ingatan tetapi tidak menghayati dan menyimpannya di dalam hati.

Ustaz Zolkifli menyampaikan taklimat









Bangunan Maahad Huffaz Wa Duat terletak di Kampung Melayu dan merupakan sebuah rumah banglo yang telah menempatkan para pelajar. Rumah ini dilengkapi dengan kelas, bilik tidur dan kelegkapan asas yang lain.








0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin