stam

stam
Home » , » Kunjungan Imam dari Gaza

Kunjungan Imam dari Gaza


Pada minggu lepas, Akademi Ikatan Muslimin telah menerima kunjungan seorang imam yang datang dari Gaza, Palestin. Syeikh Neehad merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Kolej Darul Qur'an Wassunnah di Gaza dalam jurusan Tahfiz wal Qira'at.

Dalam kunjungannya ke AIM, Syeikh Neehad sempat memberikan beberapa mutiara bermakna dari sudut ilmunya tentang Ramadhan, Al-Qur'an dan cerita-cerita tentang kehidupan harian pemuda di Gaza. Ceramahnya disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam Bahaasa Malaysia oleh ust Shahruzzaman Bistamam, Timbalan Pengerusi Eksekutif AIM. Selain itu, Syeikh Neehad juga berkesempatan menperdengarkan alunan ayat suci Al-Qur'an daripada pelbagai wajah bacaan qira'at.




Antara pesanan bermaknanya kepada pelajar STAM ialah melazimi membaca Al-Qur'an walaupun dalam tempoh masa periksa kerana bacaan Al-Qur'an lah yang akan lebih menajamkan hafalan dan fikiran untuk belajar perkara yang lain. Saranannya supaya pelajar STAM mengambil masa sejam selepas solat subuh untuk membaca Al-Qur'an dan kemudian boleh mengisi sepanjang hari dengan belajar.

Syeikh Neehad datang ke Malaysia dari Palestin atas tawaran menjadi imam sepanjang Ramadhan Al-Mubarak di masjid-masjid sekitar Perak dan menyampaikan ceramah berkaitan Ramadhan dan kesedaran Palestin. Kedatangannya diuruskan oleh Aman Palestin Sdn Bhd.


0 Komen:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment


 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin