stam

stam
Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts

Hanya gerhana, belum terbenam matahari

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

  3/3/1924. Tarikh yang amat gelap bagi setiap insan yang bergelar muslim, sebuah organisasi atau sistem pemerintahan islam yang telah wujud lebih daripada 1300 tahun dimansuhkan begitu sahaja. Tanpa sebarang peperangan atau penghapusan mana-mana tamadun islam sistem ini terkubur begitu sahaja hasil daripada tipu daya pihak kuffar dan syaitan. Sistem inilah yang pernah berdiri megah menaungi umat islam dahulu, sistem inilah yang melindungi setiap insan yang mengucap kalimah syahadah dan sistem ini juga adalah sunnah daripada para sahabat yang diredhai Allah. Sistem yang sudah hilang ini yang satu ketika dahulu pernah dibangga-banggakan oleh muslim dikenali sebagai sistem khilafah.

(Gambar Khalifah diusir dari istananya)

90 TAHUN KEMUDIAN

  Setelah berlalu satu tempoh yang panjang, umat islam mula dibuai oleh mimpi yang indah. Terperangkap dalam tipu daya dunia yang fana. Mereka mula melupai bahawa satu ketika dahulu kita mempunyai empayar yang pernah menawan 2/3 dunia, kita pernah berdiri sebagai empayar yang disegani rakan dan ditakuti musuh, empayar yang berdiri tanpa bantuan orang lain dan sebuah empayar yang menjadi rujukan dunia. Kini kita melihat negara barat seolah-olah merekalah segala-galanya. Dengan kemajuan mereka dan kewangan mereka yang seolah-olah kelihatan tidak terhad. Kita berasa takjub kepada mereka walhal satu ketika dahulu kita lebih hebat berbanding mereka.

  Kini kita hidup tanpa bayangan khilafah, umat islam mula diserang sana sini. Tanpa sesiapa yang membela nasib umat tercinta ini. Kaum Rohingnya di Myanmar dibunuh dengan penuh kejam, kaum Palestin yang terpaksa hidup sebagai pelarian di negara sendiri dan juga kaum Syria yang ditindas dengan penuh kejam. Ini tidak termasuk dengan ancaman ideologi seperti Liberalisma,Syiah,LGBT dan lain-lain. Sebagaimana yang kita dapat lihat pada isu tuntutan COMANGO baru-baru ini. Ke manakah perginya pembela umat ini? Ke manakah perginya khalifah yang tugasnya adalah untuk memelihara umat islam?
Umat Islam Rohingya



Umat Islam Syria

ADAKAH KAU LUPA?

  Di zaman pemerintahan khalifah terakhir Bani Abassiyah, sungguhpun kerajaan Islam ketika itu terlalu lemah namun diriwayatkan berlaku satu peristiwa yang mengaibkan seorang individu Muslim di negara asing sehingga khalifah yang lemah itu mampu mengerahkan bala tentera Islam ke negara tersebut semata-mata kerana menebus maruah seorang Muslimah yang dizalimi. Kisahnya:

  Seorang perempuan Islam berniaga di sebuah negara bukan Islam. Kemudian perempuan tersebut terjatuh sehingga sebahagian auratnya dilihat oleh orang-orang kafir lalu diejek-ejek dan ditertawakan oleh orang-orang kafir tersebut. Perempuan itu mengadu dengan berteriak "wa Muktasima, wa Muktasima" (Wahai Muktasim, Wahai Muktasim). Kemudian orang kafir mula mengejek muslimah tersebut dengan mengatakan "Adakah kau ingat bahawa Khalifah kau akan datang sejauh ini untuk membela kamu?".

  Kejadian ini dilihat oleh seorang lelaki Islam lalu beliau datang ke Baghdad mengadu kepada Khalifah al-Muktasim tentang penghinaan yang diterima oleh perempuan Islam tersebut. Apabila sampai kepada pengetahuannya, Khalifah al-Muktasim berkata "Labaik ya ammah" (Ya wahai ibuku). Lantas al-Muktasim mengarahkan tentera Islam menuju ke negeri tersebut, menyerang dan menawan dengan sebab seorang perempuan Islam dihina. Cuba bayangkan, demi izzah seorang muslimah. Demi maruah seorang muslimah, seorang khalifah sanggup mengisytiharkan perang terhadap sebuah negara dan menghantarkan hampir semua bala tentera beliau.

DIMANAKAH PEMBELA UMAT PADA HARI INI?

  Kini, berapa banyak Muslimah yang dicabul kehormatannya oleh kuffar ? Berapa banyak Muslimah yang berteriak meminta tolong dari kezaliman yang dideritanya? Berapa banyak kaum Muslimin yang ditawan pemerintahan kafir maupun pemerintahan murtad ? Bukankah sudah terdengar teriakan mereka dari penjara di Guantanamo (Cuba), Abu Gharib (Irak), Bagram (Afghanistan), Gaza (Palestina) dan penjara-penjara Amerika dan Inggris di seluruh dunia. Dimanakah Khalifah hari ini?

HANYA GERHANA BELUM TERBENAM MATAHARI

  Jangan berasa lemah dan jangan berasa hina, kerana kita adalah yang paling mulia andaikata kita beriman. Pembantaian dan penindasan yang terjadi ini tidak akan kekal lama. Kesedaran umat islam semakin hari semakin meningkat, jiwa-jiwa pemuda yang ikhlas dalam mendirikan agama ini mula bertambah dengan mendadak. Mana mungkin seorang muslim akan redha hidup tanpa bayangan khilafah. Pelbagai jemaah mula merancakkan aktiviti dakwah dan tarbiyyah mereka untuk menyedarkan umat ini. Umat ini masih mempunyai harapan. Kita adalah harapan Ummah.
Islam akan bangkit mengalahkan kuffar seperti matahari yang timbul menerangi kegelapan malam


"Saudaraku,Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah cita-cita semalam, dan cita-cita hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat untuk wujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, walaupun fenomena-fenomena kerosakkan dan kemaksiatan menghantui kita. Yang lemah tidak akan lemah buat selama-lamanya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."
                                                                                       Hassan Al-Banna

Read More | Komen

Selamat Berangkat ke Bumi Ilmu..






KLIA ..18 Sept 2012

           Seramai 18 orang pelajar Akademi Ikatan Muslimin (AIM ) telah berangkat ke bumi Mesir untuk melanjutkan pelajaran di universiti Al-Azhar . Tiga orang dari padanya ialah pelajar perempuan . 
 Rombongan yang diuruskan oleh Pakej Mumtaz ini diketua oleh Ustaz Salman Al-Farisi Bin Selamat .Selain dari 18 orang pelajar Akademi Ikatan Muslimin yang berangkat ke Mesir rami lagi pelajar dari AIM  yang melanjut pelajaran ke Mesir dengan menyertai rombongan negeri masing-masing . Pihak Akademi Ikatan Muslimin mengucapkan tahniah dan selamat berangkat semoga diberi keberkatan di sepanjang perjalanan . Ingat pesanan kami " Mumtaz Untuk Ummah Anda " Semoga berjaya dengan cemerlang 
Read More | Komen

Maklumat Terkini Perundingan EME menangani Isu Imtihan Qabul 2012 & Kelas B.Arab di Markaz Lughat al-Azhar


MAKLUMAT TERKINI ..... MEMBERI SEMANGAT BARU KEPADA PELAJAR YANG INGIN MELANJUTKAN PELAJARAN KE BUMI MESIR


maklumat yang dipetik dari sunber : http://educationmalaysiaegypt.net/
Read More | Komen

Keputusan STAM 2011 Bakal Diumumkan




الســـلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perhatian kepada semua pelajar Akademi Ikatan Muslimin sesi pengajian 2011 , keputusan STAM bagi sesi pengajian 2011 akan diumumkan pada 26 Jan 2012 . Semua pelajar yang terlibat boleh mengambil keputusan masing-masing di AIM pada pukul 10.30 pagi dan kita doakan semua mendapat keputusan cemerlang .... Amin ya rabb

                 Ingat moto kita .....
"Mumtaz Untuk Ummah"
Read More | Komen

PELAJAR AIM DI PROGRAM TRAINING OF TRAINERS AMAN PALESTIN 2011


        10 April 2011
       
         8.00   : Pendaftaran peserta
         8.30   : Ucapan aluan oleh mc
                    : Ucapan perasmian oleh Pengerusi Aman Palestin Perak
                    : Persembahan nasyid
                    : Pembentangan pertama
                             -Al Aqsa dari Sudut Pandangan Akidah(Ust Mohd Akib Abdullah,Perunding Aman 
                              Palestin Perak)
         10.30 : Rehat
         11.00 : Pembentangan kedua
                             -Tips2 Pembentangan Isu Palestin(Ust Shaharuzzaman Bistamam,Pengerusi Aman
                              Palestin Perak)
         12.30 : Makan tengahari, solat zohor
         2.00   : Pembentangan ketige
                             -Isu Palestin Berdasarkan Dalil Al Quran dan Hadis(Mejar Nadzri Munsman,Pegawai
                              KAGAT Malaysia)
         3.30   : Pembentangan keempat
                             -Pengenalan Aman Palestin Bhd(Ustzh Siti Nor Balqis Ibrahim,Penggerak Utama Aman
                              Palestin Perak)
         4.30   : Penggambaran
                    : Minum Petang
                    : Majlis bersurai


               Berikut merupakan tentatif program TOT yang berlangsung sepanjang hari Ahad, 10 April 2011. Program ini telah diatur di bawah pimpinan Pengarah Program, Ustazah Balqis hasil kerjasama antara Aman Palestin,PEMBINA dan INTIM negeri Perak. Ianya ini telah dilangsungkan di Dewan Auditorium Saidina Umar, Institut Tadbiran Islam Perak(INTIM) dan telah dipengerusikan oleh Naib Presiden 1 PEMBINA Perak, En. Jaafar Othman.


-persembahan nasyid oleh pelajar AIM dengan lagu tema `Palestina Tercinta`-


                  
                               
 










-reaksi hebat oleh ketiga2 pembentang utama-
 
 










 

Pengenalan Aman Palestin Bhd….
Logo yang menjadi tunjang kepada keamanan Palestin hari esok….






 
Akhir kata, program ini adalah bagi melatih para bakal penggerak khususnya dalam kalangan belia sebagai persediaan untuk masa depan Islam dan Palestin. 12 Mei 2011 bakal menyaksikan satu gegaran yang lebih mendebarkan dengan kehadiran barisan pelengkap program Konvensyen Selamatkan Masjid Al Aqsa Dari Ancaman Zionis(KOSMAZ) peringkat negeri Perak kali kedua. Sama2 lah kita hadiri………………
Wassalam.
Read More | Komen


stam

stam
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin