stam

stam
Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

PENGISIAN MASA DI MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN


Cuti sekolah memang sesuatu yang ditunggu-tunggu bukan sahaja murid-murid atau penuntut-penuntut malahan juga ibu bapa sendiri.
Tidak dinafikan pada masa ini sebahagian ibu bapa sudah mempunyai beberapa perancangan dan aktiviti untuk memenuhi masa lapang anak-anak pada musim cuti persekolahan ini. Sudah sewajarnya kita mengisi masa tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat supaya masa itu tidak berlalu dengan sia-sia. Kalau di musim persekolahan sudah tentu ramai anak-anak yang sibuk dengan pelajaran mereka, sibuk menghadiri kelas-kelas tambahan dan sebagainya terutama kepada mereka yang hendak menghadapi peperiksaan bersijil, maka dengan meluangkan masa bersama anak-anak di musim cuti inilah merupakan kesempatan yang baik untuk bermesra dengan anak-anak serta mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga.
Sebenarnya pengawalan dan pemerhatian dari ibu bapa adalah amat penting. Jangan dibiarkan anak-anak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah yang mana merugikan masa. Terdapat bermacam-macam aktiviti yang boleh dirancang dan dilaksanakan seperti melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di perpustakaan, aktiviti-aktivit masjid, melakukan riadah ataupun meluangkan masa melawat tempat-tempat bersejarah atau tempat menarik yang terdapat di negara kita ini. Dengan pengisian masa yang terancang dan pengisian aktiviti berfaedah akan memberikan kebaikan yang banyak kepada kita seperti dapat menambah ilmu pengetahuan, merapatkan hubungan kekeluargaan serta sekali gus dapat membimbing mereka menjadi manusia yang pandai menghargai masa.
Sesungguhnya pengisian masa dengan perkara yang berfaedah merupakan tuntutan agama kerana Islam menggalakkan umatnya supaya mengurus masa dengan sebaik-baiknya dan penuh bijaksana, bukan membuang masa dengan melakukan sebarang pekerjaan yang tidak berfaedah dan sia-sia.
Ketahuilah bahawa orang-orang yang pandai dan bijak mengurus dan menggunakan masanya dengan berbuat amal yang baik dengan melakukan perkara yang berfaedah maka mereka itu adalah orang yang beruntung dan berjaya dalam kehidupan. Sebaliknya siapa yang lalai dan membuag masa, membiarkannya berlalu begitu sahaja dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah, melepak, bermalas-malas atau melakukan perkara yang berdosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Kerana itu kita hendaklah sentiasa ingat supaya memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik-baiknya untuk masa hadapan dan bekalan menuju akhirat nanti, lebih-lebih lagi di akhirat nanti kita semua akan ditanya adakah kita telah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Dari Abi Barzah Al-Aslami ia berkata, Sabda Rasulullah SAW: Tidak akan bergerak kedua-dua kaki seorang hamba itu pada hari kiamat di padang mahsyar sehingga ia disoal tentang umurnya bagaimana ianya dihabiskan, tentang amalnya apa yang dilakukan dengannya, tentang hartanya dari mana ianya diperolehi dan untuk apa ianya dibelanjakan dan tentang tubuh badannya bagaimana ia menggunakannya”. (Riwayat Al-Imam At-Tirmizi)
Masa itu sangat berharga, lebih berharga dari segala harta yang ada di muka bumi kerana masa yang berlalu tidak akan kembali tetapi harta yang hilang boleh dicari ganti. Oleh itu hargailah masa dan manfaatkanlah dengan melakukan amal soleh serta taat kepada Allah SWT, mudah-mudahan dengan demikian, kita akan mendapat berkat dari Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam Surah Al ‘Ashr ayat 1-3 tafsirnya:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Oleh : Siti Hajar Anuar
Read More | Komen

ARTIKEL : BERKAT INGAT PESANAN BAPA
SUMBER : HARIAN METRO 12 MAC 2014/RABU
*Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang STAM 2013 sentiasa bertanya guru untuk fahami setiap subjek.
*FAKTA : Fokus dalam kelas elak tercicir tip diajar guru.
                “Saya minat dengan setiap subjek yang dipelajari dan apabila berada di dalam kelas, saya beri tumpuan bagi memastikan saya tidak tercicir dengan tip yang sentiasa diselitkan guru ketika mengajar,” kata Siti Fatimah Mohamed Azahari, 17, penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 Peringkat Kebangsaan, semalam.
                Siti Fatimah yang juga Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuliah Al-Lungah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang, Pekan, Pahang mencapai Gred Mumtaz (Cemerlang) dalam 10 mata pelajaran yang diduduki, sekali gus menobatkannya sebagai seorang daripada 34 penerima anugerah.
                Menurutnya, selain mengulang kaji pelajaran berterusan demi memastikan hasratnya memperoleh keputusan cemerlang dalam STAM berhasil dia juga mengamalkan banyak solat sunat, selain kerap berpuasa dan menghafaz ayat suci Al-Quran.
                “Amalan itu sering menjadi rutin dengan rakan serta memperuntukkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam setiap hari bagi mengulang kaji pelajaran bersama.
                “Saya selalu ingat pesan bapa supaya sentiasa bertanya kepada guru atau rakan sekiranya tidak memahami subjek bagi mengelak ketinggalan,” katanya.
                Sementara itu, Keua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata, STAM juga boleh mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
                Katanya, lulusan STAM boleh berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan dengan tangga gaji yang ditetapkan sebagaimana lulusan STPM.

                “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh,” katanya. 

Oleh : Nurzafirah Alimuddin
Read More | Komen

WANITA MUSLIMAH TERAS KEBANGKITAN UMMAH





Anda pernah tonton siri Ini Kisahku di TV9? Jika belum, saya syorkan anda tonton dahulu video-video ini sebelum sambung membaca apa yang hendak saya sampaikan.
Sudah saksikan? Dapat tak lihat persamaan antara ketiga-tiga video ini? Mungkin ada banyak persamaan yang anda dapat lihat, tetapi saya ingin sentuh tentang satu persamaan ini.
Jika anda lihat, mereka bertiga bertemu hidayah untuk berubah menjadi hamba yang mengenali Allah serta taat kepada Allah dengan cara yang amat berbeza. Seorang mendapat hidayah pabila menjejakkan kaki ke Mekah. Seorang mendapat hidayah melalui seorang kawan dan hobi ‘jalan-jalan cari masjid’. Seorang lagi mendapat hidayah apabila ditimpa suatu kemalangan yang dasyat yang hampir-hampir melumpuhkan kakinya dan menyebabkan dia tidak boleh melahirkan zuriat. Walau mereka semua mendapat hidayah melalui pelbagai cara yag berbeza, namun kita dapat lihat, bahawa ibu mereka turut sama mendoakan moga anak mereka mendapat hidayah. Iya, dalam ketiga-tiga kisah ini, ibu setiap satu daripada mereka sering menasihatkan agar mereka tetap mendirikan solat, juga tidak pernah berhenti mendoakan agar anak-anak mereka mendapat hidayah.



Peranan doa seorang ibu itu memainkan peranan yang penting dalam penghijrahan mereka mencari Allah. Dan saya pasti anda tahu kenapa ia penting. Tidak lain tidak bukan, kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab. Bukan saya mengatakan bahawa seorang itu tidak akan dapat mendapat hidayah jika ibunya tidak mendoakan mereka; namun melihat kepada video-video diatas, saya pasti bahawa kerana doa ibu-ibu mereka lah perjalanan mereka mendekati Allah menjadi lebih mudah. Ya, mereka amat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang mendoakan agar mereka bertemu hidayah Allah setelah menyusuri zaman jahiliah.
Kepada sahabat-sahabat perempuan saya, senior-senior perempuan saya, juga adik-adik akak yang akak sayang, ingatlah, suatu hari nanti kita akan menjadi seorang ibu. Kita akan punyai anak-anak kita sendiri. Lantas, hebat atau buruk nya generasi anak-anak kita terletak di bahu kita. Kerana kitalah yang akan mendidik anak-anak kita, dan kita jua lah yang memegang doa sakti yang sangat berkesan ke atas anak-anak kita. Adakah kelak kita akan menjadi seorang ibu yang mendoakan kebaikan anak-anak kita? Adakah kelak kita akan menjadi seorang ibu yang mendoakan agar anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh solehah, yang mendirikan solat, yang mengeluarkan zakat, yang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, yang sentiasa dekat dengan Allah, jua yang kelak akan mendoakan kesejahteraan buat diri kita di akhirat sana?
Mungkin ramai antara kalian yang mengatakan: Pasti! Pastilah kami akan mendoakan sebegitu buat anak-anak kami. Takkan lah ada ibu yang tidak mendoakan sebegitu untuk anak-anaknya.
Ini soalan seterusnya daripada saya. Apakah kalian yakin bahawa kalian akan mendoakan doa-doa yang baik buat anak-anak kalian jika kalian sendiri tidak baik? Apakah mungkin kalian mendoakan anak-anak kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah jika kalian sendiri tidak solehah? Apakah bisa kalian mendidik anak-anak kalian mengenali Allah serta mendekatkan diri dengan Allah jika kalian sendiri jauh sekali dengan Allah? Apakah mungkin?
Kebarangkalian besarnya kita tidak akan mendoakan perkara-perkara ini jika kita sendiri tidak baik. Bagaimana mungkin kita mendoakan anak-anak kita menjadi orang-orang yang mendirikan solat jika kita sendiri tidak solat cukup lima waktu sehari semalam. (Iyalah, solat pun tidak, bila masa nak berdoa nya, kan?). Bagaimana mungkin kita melatih anak-anak kita menjadi orang yang memelihara maruah dan harga diri jika kita sendiri berpakaian serba seksi untuk ditatap semua orang. (Sudah pasti jika kita berpakaian dengan seksi hari ini, kelak kita ingin melihat anak-anak kita mewarisi ‘kecantikan’ diri kita). Bagaimana mungkin kita mendoakan anak-anak kita menjadi orang yang dekat dengan Allah jika kita sendiri belum tentu kenal benar dengan Allah. Bagaimana mungkin anak-anak kita mengenali Al-Quran dan beramal dengannya jika kita sendiri tidak pernah membaca Al-Quran di dalam rumah. Kan?
Jika anda faham apa yang saya katakan, saya berharap anda juga dapat lihat bahawa baik buruknya generasi anak kita kelak adalah sangat bergantung kepada siapakah kita pada hari ini. Saya yakin, sebagai seorang ibu, tidak ada siapa yang mahu melihat anaknya ‘hancur’ dalam kehidupan. Tidak ada yang mahu anaknya hidup liar tidak tentu arah. Tidak ada yang mahu anak-anak perempuannya diangkut ke hulu ke hilir oleh jantan-jantan yang tidak kita ketahui latar belakangnya dan belum tentu menjadi suami anak-anak kita. Tidak ada juga yang mahu anak-anak laki kita liar meraba anak-anak dara orang lain, mahupun liar memerhatikan perempuan-perempuan seksi di tengah jalan. Saya yakin, tidak ada jua yang mahu anak dia membesar sebagai seorang yang kuat mencarut, yang melawan cakap anda sebagai seorang ibu, yang mencuri, yang menipu dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin menyeru diri saya sendiri, juga kalian semua..sahabat-sahabat perempuan saya, kakak-kakak senior saya, juga adik-adik akak yang akak sayang, ayuhlah kita ubah diri kita hari ini menjadi seorang yang lebih baik. Ayuhlah kita memupuk akhlak-akhlak mulia dalam diri kita, dan mendidik diri kita dengan menjadi seorang wanita solehah. Agar kelak, kita dapat lahirkan generasi yang mantap. Yang mulia akhlaknya, yang baik budi pekertinya, yang sopan pakaiannya, yang santun ucapannya dan yang paling utama, mengenali Allah dan menghidupkan islam dalam diri mereka. Yakinlah, mereka akan mewarisi siapa kita pada hari ini. Ini bertepatan dengan sabda nabi SAW: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi . (riwayat Bukhari dan Muslim). Ke mana tumpahnya kuah andai tidak ke nasi?
Moga Allah kurniakan hidayah buatku dan buatmu serta memberi kita kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik serta kekuatan untuk mujahadah dan istiqomah di atas perubahan ini.

Oleh:
Sarah Abd Rahman via Hanan Othman
Read More | Komen (1)

Hanya gerhana, belum terbenam matahari

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

  3/3/1924. Tarikh yang amat gelap bagi setiap insan yang bergelar muslim, sebuah organisasi atau sistem pemerintahan islam yang telah wujud lebih daripada 1300 tahun dimansuhkan begitu sahaja. Tanpa sebarang peperangan atau penghapusan mana-mana tamadun islam sistem ini terkubur begitu sahaja hasil daripada tipu daya pihak kuffar dan syaitan. Sistem inilah yang pernah berdiri megah menaungi umat islam dahulu, sistem inilah yang melindungi setiap insan yang mengucap kalimah syahadah dan sistem ini juga adalah sunnah daripada para sahabat yang diredhai Allah. Sistem yang sudah hilang ini yang satu ketika dahulu pernah dibangga-banggakan oleh muslim dikenali sebagai sistem khilafah.

(Gambar Khalifah diusir dari istananya)

90 TAHUN KEMUDIAN

  Setelah berlalu satu tempoh yang panjang, umat islam mula dibuai oleh mimpi yang indah. Terperangkap dalam tipu daya dunia yang fana. Mereka mula melupai bahawa satu ketika dahulu kita mempunyai empayar yang pernah menawan 2/3 dunia, kita pernah berdiri sebagai empayar yang disegani rakan dan ditakuti musuh, empayar yang berdiri tanpa bantuan orang lain dan sebuah empayar yang menjadi rujukan dunia. Kini kita melihat negara barat seolah-olah merekalah segala-galanya. Dengan kemajuan mereka dan kewangan mereka yang seolah-olah kelihatan tidak terhad. Kita berasa takjub kepada mereka walhal satu ketika dahulu kita lebih hebat berbanding mereka.

  Kini kita hidup tanpa bayangan khilafah, umat islam mula diserang sana sini. Tanpa sesiapa yang membela nasib umat tercinta ini. Kaum Rohingnya di Myanmar dibunuh dengan penuh kejam, kaum Palestin yang terpaksa hidup sebagai pelarian di negara sendiri dan juga kaum Syria yang ditindas dengan penuh kejam. Ini tidak termasuk dengan ancaman ideologi seperti Liberalisma,Syiah,LGBT dan lain-lain. Sebagaimana yang kita dapat lihat pada isu tuntutan COMANGO baru-baru ini. Ke manakah perginya pembela umat ini? Ke manakah perginya khalifah yang tugasnya adalah untuk memelihara umat islam?
Umat Islam Rohingya



Umat Islam Syria

ADAKAH KAU LUPA?

  Di zaman pemerintahan khalifah terakhir Bani Abassiyah, sungguhpun kerajaan Islam ketika itu terlalu lemah namun diriwayatkan berlaku satu peristiwa yang mengaibkan seorang individu Muslim di negara asing sehingga khalifah yang lemah itu mampu mengerahkan bala tentera Islam ke negara tersebut semata-mata kerana menebus maruah seorang Muslimah yang dizalimi. Kisahnya:

  Seorang perempuan Islam berniaga di sebuah negara bukan Islam. Kemudian perempuan tersebut terjatuh sehingga sebahagian auratnya dilihat oleh orang-orang kafir lalu diejek-ejek dan ditertawakan oleh orang-orang kafir tersebut. Perempuan itu mengadu dengan berteriak "wa Muktasima, wa Muktasima" (Wahai Muktasim, Wahai Muktasim). Kemudian orang kafir mula mengejek muslimah tersebut dengan mengatakan "Adakah kau ingat bahawa Khalifah kau akan datang sejauh ini untuk membela kamu?".

  Kejadian ini dilihat oleh seorang lelaki Islam lalu beliau datang ke Baghdad mengadu kepada Khalifah al-Muktasim tentang penghinaan yang diterima oleh perempuan Islam tersebut. Apabila sampai kepada pengetahuannya, Khalifah al-Muktasim berkata "Labaik ya ammah" (Ya wahai ibuku). Lantas al-Muktasim mengarahkan tentera Islam menuju ke negeri tersebut, menyerang dan menawan dengan sebab seorang perempuan Islam dihina. Cuba bayangkan, demi izzah seorang muslimah. Demi maruah seorang muslimah, seorang khalifah sanggup mengisytiharkan perang terhadap sebuah negara dan menghantarkan hampir semua bala tentera beliau.

DIMANAKAH PEMBELA UMAT PADA HARI INI?

  Kini, berapa banyak Muslimah yang dicabul kehormatannya oleh kuffar ? Berapa banyak Muslimah yang berteriak meminta tolong dari kezaliman yang dideritanya? Berapa banyak kaum Muslimin yang ditawan pemerintahan kafir maupun pemerintahan murtad ? Bukankah sudah terdengar teriakan mereka dari penjara di Guantanamo (Cuba), Abu Gharib (Irak), Bagram (Afghanistan), Gaza (Palestina) dan penjara-penjara Amerika dan Inggris di seluruh dunia. Dimanakah Khalifah hari ini?

HANYA GERHANA BELUM TERBENAM MATAHARI

  Jangan berasa lemah dan jangan berasa hina, kerana kita adalah yang paling mulia andaikata kita beriman. Pembantaian dan penindasan yang terjadi ini tidak akan kekal lama. Kesedaran umat islam semakin hari semakin meningkat, jiwa-jiwa pemuda yang ikhlas dalam mendirikan agama ini mula bertambah dengan mendadak. Mana mungkin seorang muslim akan redha hidup tanpa bayangan khilafah. Pelbagai jemaah mula merancakkan aktiviti dakwah dan tarbiyyah mereka untuk menyedarkan umat ini. Umat ini masih mempunyai harapan. Kita adalah harapan Ummah.
Islam akan bangkit mengalahkan kuffar seperti matahari yang timbul menerangi kegelapan malam


"Saudaraku,Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah cita-cita semalam, dan cita-cita hari ini adalah kenyataan hari esok. waktu masih panjang dan hasrat untuk wujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, walaupun fenomena-fenomena kerosakkan dan kemaksiatan menghantui kita. Yang lemah tidak akan lemah buat selama-lamanya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat."
                                                                                       Hassan Al-Banna

Read More | Komen

Persediaan Sebelum Menghadapi Bulan Ramadhan

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang menghampiri bulan yang mulia ini. Pada bulan inilah segala pahala amalan kita akan dilipatgandakan, syaitan dibelenggu dan pintu keampunan dari Allah terbuka luas. Maka sebagai seorang yang sedar akan kelebihan bulan yang mulia ini, kita harus membuat persediaan yang secukupnya untuk mengutip semua keberkatan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Antaranya :-


1) Berdoa di bulan rejab dan sya'ban.

«اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ»


2) Memperbanyakkan doa meminta keampunan daripada Allah.

3) Mengambil berat tentang al-Quran.

4) Melatih sifat pemurah.


 Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma berkata:Adalah Rasulullah SAW paling pemurah di kalangan manusia dan ia menjadi lebih pemurah jika pada bulan Ramadan selepas bertemu Jibril dan Jibril bertemu dengannya pada setiap malam daripada Ramadan untuk tadarus al-Quran. Adalah Rasulullah SAW lebih murah dan dermawan daripada angin yang bertiup ketika bertemu Jibril. (riwayat al-Bukhari (1902) dan Muslim (6149)


5) Menjaga percakapan, kurangkan daripada menipu.

6) Membanyakkan puasa sunat.


Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

SELAMAT BERAMAL !! MUMTAZ UNTUK UMMAH !!


Read More | Komen

Perutusan Ramadhan 1433H Majlis Perwakilan Pelajar

 
Rasulullah s.a.w. pernah memberi khutbah kepada para sahabatnya tatkala ramadhan bakal menjelang :

" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء


Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan..."

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah tuhan yang telah menyempurnakan agamaNya, melengkapkan nikmatNya, meredhai Islam sebagai cara hidup dan memberi kita petunjuk untuk melaksanakannya. Allahumma amankanlah dan sejahteralah bagi junjungan mulia Muhammad Rasulullah serta ahli keluarga baginda, para sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkahnya sehingga akhir zaman.

Alhamdulillah pada tahun ini kita diberi peluang dan kesempatan lagi oleh Allah s.w.t untuk menghadapi dan menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadhan.

Peluang adalah perkara yang sering kita mengalami dalam hidup kita, padanya terdapat pilihan untuk berkorban atau terkorban, dan kita akan mengakhiri peluang itu dengan kepuasan atau kekesalan, kerana peluang itu datang dan pergi dengan ketetapan, bukannya atas kuasa pilihan kita.

Hari ini Allah telah memberi kita lagi satu peluang dan cabaran, samada kita berjaya merampasnya atau kita yang tertinggal.

Iaitu peluang merebut ganjaran dan pahala yang dilipatgandakan, yang ganjarannya tidak sesuai langsung dibandingkan dengan amalan dan pengorbanannya, ibarat membeli sebuah kereta BMW dengan harga puluhan Ringgit Malaysia sahaja!

Ramadhan adalah bulan yang Allah sediakan bagi para hambanya dikalangan ummat Muhammad s.a.w untuk melatih dan mentarbiah diri mereka, memantapkan iman mereka, mengukuhkan kedudukan mereka dan membuka jalan-jalan kemenangan bagi mereka. Pada bulan inilah Allah telah memenangkan dan memuliakan ahli Badar, meninggikan kedudukan orang Islam dalam peperangan Ain Jalut dan sebagainya.

Ramadhan adalah madrasah tarbiah daripada Allah, telah lengkap objektif dan silibusnya digariskan sendiri oleh Allah untuk mentarbiah seluruh ummat Islam. Bulan ini akan melahirkan individu yang bertaqwa, masyarakat yang prihatin dan negara yang maju dan bertamadun. Sepertimana yang diterangkan di dalam al-quran, manusia itu dimuliakan dengan adanya taqwa dalam dirinya, dan itulah objektif yang harus dicapai oleh setiap individu muslim.

Maka dengan itu, Allah telah mensyariatkan kewajipan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, dengan inilah Allah menguji para hambaNya agar terus bersabar, mendidik supaya menahan diri dari melanggar larangan-laranganNya dengan menahan diri dari makan, minum, mencampuri isteri, berkata kesat dan sebagainya. Siapakah yang akan menghalang kita dari makan dan minum disebalik tabir atau ditempat yang tersorok selain ketaqwaan kita kepada Allah? Kalau perkara harus pun kita berjaya tahan diri kita dari melakukannya sepanjang bulan ramdhan, tentu perkara haram tidak menjadi masalah untuk kita menghindarinya!

Selain dituntut untuk memperbanyakkan ibadah, memanjangkan solat malam, membiasakan zikir, tilawah al-quran, mengimarahkan masjid dan menyemai sifat mahmudah dan membuang sifat mazmumah, dengan memperbanyak sedeqah dan memberi hadiah, saling menasihati dan tolong menolong., bulan ini juga Allah mengajar kita menguruskan kehidupan dengan jadual masa seharian yang kemas dan teliti. Bulan ini juga bulan motivasi.

Cuba bayangkan, pada hari atau bulan bulan lain, bolehkah kita menjalankan tugas kita seperti biasa, bersemangat, jika kita terlepas sarapan atau makan tengahari? Secara umumnya, tentu kita akan sedikit mengomel kalau kita terlepas jadual makan pada hari biasa dan produktiviti pasti akan menurun. Tetapi, dengan mengisi perut sebanyak 2 kali sahaja di bulan ramadhan, sepatutnya kita tetap dapat menjalankan kerja seperti biasa, itu tentu melatih dan memerlukan motivasi yang tinggi.
.
Barangkali sesetengah orang jemu mendengar kelebihan Ramadhan diulang-ulang, tentu kerana tiada usaha untuk mengejar dan mendapatkannya. Sesungguhnya hidayah dan taufiq itu adalah milik Allah semata-mata, seharusnya kita berusaha mendapatkannya dengan memperbanyakkan doa dan mempamerkan kesungguhan kita kepada Allah tentang keinginan kita terhadap petunjukNya.

Dengan kelebihan yang Allah limpahkan pada bulan Ramadhan ini, hendaklah kita mengubah diri dan memperbanyakkan amal. Masa inilah masa yang paling mulia. Masa inilah masa yang paling berharga. Masa inilah masa untuk kita mentarbiah diri kita. Masa inilah masa untuk menjadi muslim yang lebih baik, dan lebih hampir kepada Allah.

Kalau bukan ramadhan, bila lagi?

Kemuliaan ini tidak dijumpai di bulan yang lain. Kemeriahan beramalnya tak mungkin ditandingi dengan hari hari yang lain. Kalau bukan ramadhan, maka bila agaknya kita mampu berubah? Logiknya, mustahil kita berjaya di bulan lain jika kita gagal melakukannya di bulan ramadhan!

Akhir sekali, seluruh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Akademi Ikatan Muslimin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat mentarbiah diri. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada ramadhan pada tahun tahun yang lalu, dan semoga Allah mendengar doa kita dan memperkenankannya, dan menerima amalan kita dan memasukkan kita di kalangan hambaNya yang ikhlas. RAMADHAN KAREEM.

 Wassalam.



Zaid Bin Zainurrashid
Ahli Majlis Perwakilan Pelajar,
Ketua Biro Dakwah dan Rohani,
Akademi Ikatan Muslimin
Read More | Komen

Dilema Ramadhan

Ramadhan sudah semakin mendekati kita.Bagi sesiapa yang betul-betul menyedari dan menantikan dengan penuh sayang kedatangan bulan Ramadhan ini pasti sudah memulakan persiapan rohani dan jasmani, ditambah lagi dengan persediaan minda yang mantap kerana bagi minda itu terdapat suatu kekuatan yang luar biasa, ataupun yang biasa disebut-sebut oleh Ketua Badar kita, Zaid Zainurrashid ketika riadhah sebagai power of mind. Walau apa sekalipun, kita mesti menyedari suatu hakikat bahawa yang tinggal antara kita dengan ramadhan bukanlah bulan, hari ataupun minggu, bahkan hanya beberapa detik sahaja.

Bila berbicara tentang Ramadhan pada tahun ini, pasti akan terlontar satu soalan yang boleh dikatakan sebagai dilema dalam diri pelajar STAM. Mereka akan tertanya-tanya tentang mana satukah yang perlu lebih difokuskan, belajar ataupun ibadah. Hal ini kerana pada tanggal 30 Julai bersamaan 9 atau 10 Ramadhan, akan berlangsung ujian percubaan STAM. Jadi, akan timbul beberapa waham-waham yang mengganggu fikiran tentang belajar akan melemahkan fokus untuk mendapat amalan berganda pada bulan Ramadhan.

 persiapan Ramadhan perlu dilakukan dengan rapi 
(gambar; banner Ramadhan di hadapan musolla AIM, penyeri Ramadhan)

Kefahaman Ibadah

Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita singkap kembali asas kefahaman tentang ibadah yang terbahagi kepada dua, ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus adalah yang datang dari nas dan syarak, manakala ibadah umum segala perbuatan yang tidak disyari'atkan secara khusus dalam nas, tapi dilakukan dengan dua syarat;

1. Ikhlas kerana Allah
2. Tidak melanggar batas syara'.

Maka perbuatan itu akan dikira ibadah dalam Islam dan mendapat pahala. Disebabkan itulah sebenarnya ruang untuk kita melakukan ibadah itu sangat luas, hatta dalam sesuatu masa pun kita boleh melakukan pelbagai pilihan ibadah. Persoalannya, adakah dengan kita belajar dan mengulangkaji pelajaran STAM, kita boleh memenuhi 2 syarat yang diletakkan? Sudah tentu boleh, kerana belajar juga adalah suruhan Allah yang kita perlu lakukan ikhlas kerananya. Belajar juga semestinya tidak melanggar batas syara', melainkanlah kalau ada ikhwah yang study sekali dengan akhowat di Alifullah atau padang polo, takpun mengulangkaji melalui sms atau chat fb, itu sudah lebih...

Jadi, kesimpulannya belajar juga ibadah dan dikira mendapat pahala jika mencukupi 2 syarat tersebut.. Cuma...

Mana Satu lebih Afdhal?

Persoalan seterusnya yang masih belum dijawab mungkin mana satu lebih utama? Menghabiskan masa dengan baca qur'an, solat tahajjud, qiyamullail, berzikir ataupun dengan belajar?

Cuba kita lihat beberapa contoh yang mudah untuk difahami sebelum soalan ini dijawab. Dalam Islam, kita diajar utamakan menjawab azan ketika azan sedang dilaungkan walaupun ketika itu kita sedang membaca AlQur'an. Begitu juga kita diajar membaca doa' masuk tandas lebih utama daripada membaca doa' makan ketika kita hendak masuk ke dalam tandas. Jadi, ibadah yang paling utama dalam seluruh aspek kehidupan kita ialah ibadah yang bertepatan dengan masa dan tempatnya.

Jadi, untuk menjawab persoalan antara baca qur'an dengan belajar, mana satu lebih utama, tidak semudah itu. Hal ini kerana setiap orang itu dikurniakan kemampuan kepala otak yang berbeza yang menyebabkan apabila tiba ujian percubaan STAM, situasi mereka akan berbeza. Mungkin ada orang yang kononnya dikatakan sebagai genius, lalu dengan belajar 10 minit dia boleh kuasai pelajaran tauhid, akhlaq, mantiq dan adab secara keseluruhannya. Maka orang sebegini mungkin boleh fokus kepada ibadah khusus seperti baca qur'an, zikir dan apa semua bagai kerana tanggungjawabnya untuk kuasai mata pelajaran dah selesai. Begitu juga sebaliknya, kalau ada orang yang 2 jam belajar pun masih tidak dapat menghafal wihdat soutiyyah dalam pelajaran 'arudh, maka lebih utama bagi dia untuk belajar.

Solusi

Akhir sekali, marilah kita sama-sama menyedari bahawa Ramadhan dan STAM sebenarnya dua acara penting yang perlu untuk kita sama-sama bersungguh-sungguh menghadapinya supaya tidak rugi dan menyesal. Sangat pelik apabila ada yang boleh lagi menghabiskan masa dengan movie, makan luar sehingga larut malam setiap hari, dan sebagainya lagi aktiviti yang tidak sehat. Sebenarnya, selain ibadah khusus dan belajar, ada 1001 lagi lompong kosong dalam masa seharian kita untuk kita buang dan isi dengan samada ibadah atau belajar pada bulan Ramadhan nanti.

Wallahua'alam.



Read More | Komen

ayuh kita bermuhasabah

Muhasabah


“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan” Umar Al-Khattab


Masa terus berlalu meninggalkan kita perbagai  kisah menarik di institusi islam ini. Bermula dari awal tahun hingga ke saat ini, sudah pelbagai kenikmatan telah kita kecapi dan sudah pelbagai cabaran kita tempuhi. Satu persoalan yang semua dari kita harus menjawabnya, adakah tempoh ini telah meningkatkan nilai diri kita? sudah terbinakah iman dan ukhuwwah antara kita?

Seperti  kisah bapa para nabi Ibrahim ‘alayhi salam, apabila diperintah Allah s.w.t untuk membina Kaabah bersama anaknya, Ismail ‘alayhi salam. Setelah siap beberapa bahagian bangunan, baginda ‘alayhi salam pergi ke kawasan yang lebih tinggi dan memerhati apa yang telah baginda dan puteranya bina. Begitu jua kita, kita dituntut untuk menilai kembali setiap pekerjaan yang kita lakukan. Jauhkan diri kita dari menyebelahi diri sendiri, tetapi neraca setiap pergerakkan kita bertepatan dengan perintah Allah, pencipta diri kita itu sendiri.

Sudah berlalu 3 bulan berlalu. Harus kita koreksi 2 perkara yang sangat penting yang menjadi kekuatan kita iaitu iman dan ukhuwwah. Setinggi mana kita telah binanya, sebulat mana kita telah bentuknya.

Iman adalah mutiara yang dikurniaan Allah. Yang sinarnya menjadi pencerah kepada seluruh tubuh untuk mengerjakan amal kebaikan. Adakah kita sudah menggilapkannya dengan memperbanyakkan zikrullah dan amalan sunnah atau kita membiarkannya terus menjadi keruh hingga tiada beza antara yang dikurniakan dan tidak dikurniakan.

Ukhuwwah adalah ikatan yang kuat yang mengikat antara hati orang-orang beriman. Ia tidak mengikat pemilik-pemiliknya secara lahiriah. Tetapi ia adalah pengikat di kala doa sahabatnya di malam hari, sebagai penarik di kala sahabatnya terjatuh ke lembah kelalaian. Menasihati saudaranya sebagaimana dia ingin dinasihati saudaranya. Itu lah nilai ukhuwwah yang harus kita miliki, yang haru kita berusaha mendapatkannya.

Wallahu a’lam

ditulis oleh
dakwatmerah.blogspot.com
Read More | Komen

Albanna Tokoh Pejuang Palestin

Sesungguhnya Imam Hassan AlBanna adalah diantara tokoh pejuang pembebasan bumi Palestin yang sewajarnya kita contohi. Beliau adalah Pengasas dan pelopor kepada Gerakan Ikhwan Muslimin. Jasanya terhadap perjuangan umat Islam di Palestin amatlah besar khususnya dalam peperangan arab-palestin pada tahun 1948. Bahkan penyertaan tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin dalam peperangan tersebut telah membuka mata musuh-musuh Islam bahawa di sana masih “Rijal Mukhlisin” dikalangan ummat ini yang sanggup berkorban apa saja untuk menjaga kemuliaan ummat ini. Imam As-syahid melalui kefahaman terhadap manhaj perubahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah berjaya kembali melahirkan rijal yang mengimani kesucian Islam dan menghidupkan semangat jihad dan juang dikalangan mereka. Ummat Islam yang berada dalam keadaan alpa dan lalai ketika itu kembali disedarkan dengan sentuhan manhaj Al Quran dan Sunnah Nabi yang berjaya melahirkan kembali generasi al-Quran yang Unggul yang digeruni musuh. Dalam perang 1948 tidak kurang daripada 10,000 tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin menyertainya. Mereka telah berjaya mengalahkan tentera rejim Israel di sempadan Mesir, Syria dan Jordan. Kedatangan tentera-tentera ini amat ditakuti oleh tentera-tentera Israel kerana syiar mereka “Hidup mulia atau Mati syahid”. Namun begitu musuh Islam seluruh dunia amat risau melihat kebangkitan ini lalu PBB terpaksa melakukan gencatan senjata dan semasa inilah mereka melakukan jenayah kepada Gerakan Ikhwan Muslimin. Para mujahidin yang menjadi tentera sukarelawan yang sepatutnya disambut sebagai pahlawan telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di Negara mereka sendiri tanpa kesalahan. Bahkan sebahagian mereka menjadi sasaran pembunuhan tentera upahan Israel.Kemuncaknya dengan perancangan yang cukup licik diantara pihak istana Mesir dan kerajaan British akhirnya Imam Hassan Al-Banna di bunuh pada tanggal 12 Februari 1949. Sesungguhnya kesedaran dan kefahaman Islam yang dipelopori oleh Imam As-Syahid hari telah berkembang luas di serata pelusuk dunia. Bahkan Gerakan Ikhwan Muslimin di serata dunia mempelopori kebangkitan ummat Islam terhadap Isu Palestin. Semoga Allah merahmati perjuangan Imam AlBanna dan membuka hati ummat ini untuk mengikutinya. Beliau pergi mendahului kita sebagai syahid dan mudah-mudahan kita dapat mengikuti jejak beliau untuk mengembalikan kemuliaan ummat ini. Ustaz Shaharuzzaman Bistamam Blog: Bahtera Penyelamat
Read More | Komen

MENJIWAI BAHANG ISRAK WAL MIKRAJ


 
“ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjid Al-Haram menuju ke masjid Al-Aqso yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Kami, dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ”


27 Rejab 1432 tahun ini tanggal pada 29 Jun 2011 bersamaan dengan hari Rabu. Saat ini merupakan satu tarikh penting dalam sejarah Islam di mana umat Islam akan memperingati satu peristiwa agung iaitu Israk Mikraj.

PENGENALAN
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam. 


PERISTIWA
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.

Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.

Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta Nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

PENGAJARAN
Daripada semua kisah tersebut,boleh disimpulkan dengan 2 pengajaran tersurat yang boleh diambil iktibar dalam kehidupan harian:

1. Kewajipan solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajipan solat diwahyukan terus tidak seperti kewajipan ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajipan solat juga adalah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.

Solatlah sebenarnya jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kita hadapi. Andai kita berhadapan masalah yang berat yang tak tertanggung, kekecewaan yang tak terbendung, kebuntuan mencari jalan keluar, keresahan dan kekosongan jiwa, kembalilah kepada Allah. Carilah pengampunanNya dan berbicaralah terus dengan Nya.

Hamburkanlah segala duka lara dan resah gelisah jiwa kepada Yang Maha Pencipta, dalam setiap sujud kita. Jangan disimpan kemarahan kita kepada manusia. Lepaskanlah segala kekecewaan kita itu dan mengadulah kepada Yang Maha Bijaksana.

2. Israk Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi memang telah pergi ke Palestin dan merentasi 7 langit pada satu malam.

Bayangkanlah jikalau perkara yang sama itu disampaikan pada kita sekarang. Adakah kita akan mempercayai dan beriman dengannya sebagaimana Abu Bakar? Atau kita akan mula menggunakan logik akal kita lalu akan menolak kesahihan peristiwa itu dengan alasan tak masuk akal dan tak logik? Kita akan mula mengeluarkan teori sains yang kita tahu yang menafikan manusia boleh merentasi 7 langit hanya dalam satu malam. Mungkinkah juga kita akan ketawa sinis dan mempersendakan berita itu sebagai karut?

Sesungguhnya peristiwa Israk Mikraj jika dihayati dengan sesungguhnya, akan mengukuhkan keimanan kita dan memperkuatkan rasa takjub kepada kekuasaan Allah dalam mengatur kehidupan makhluk Nya. Peristiwa Israk Mikraj mengajar untuk percaya kepada perkara ghaib dan percaya kepada Al-Qur’an dan Hadith sebagai panduan dan penyelesai kepada masalah hidup manusia.


Namun, tidak cukup sekadar itu. Berikut disenaraikan juga pengajaran yang tersirat yang mampu dijadikan pedoman yang amat bermakna kepada diri kita yang bergelar daie ilallah.
  • Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah Allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
  • Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
  • Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
  • Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
  • Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
  • Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, menguar-uarkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
  • Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala futur dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
  • Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
  • Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi.                                                                                                                                          semoga dapat beramal dan bermanfaat dengannya....
Read More | Komen

beliau memilih islam....KITA???

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960  beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco.
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”


JAWAB..
bagaimana dengan kita
dilahirkan Islam
TETAPI!!!!!!
Read More | Komen

The Pencil and Eraser – Kisah Pensel & Pemadam

Kisah Pensel & Pemadam. Semoga kisah pendek ini mampu memberi kita 1001 pengajaran dan teladan. Dengan perkongsian kisah ini diharap dapat juga dikongsi bersama dengan rakan-rakan anda yang lain. Bacalah dengan penuh penghayatan agar segala intipati kisah ini dapat menyerap ke dalam hati sanubari anda. Bertuahlah kepada anda yang masih mempunyai “dia” atau “mereka”.

PENCIL
I’m sorry (Saya mohon maaf)
ERASER
For what? You didn’t do anything wrong. (Untuk apa? Kamu tidak buat salah apa-apa.)
PENCIL
I’m sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you’re always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
(Saya mohon maaf kerana kamu kesakitan disebabkan oleh saya. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu ada untuk memadamkannya. Tapi setiap kali kamu menghilangkan kesalahan saya, maka kamu kehilangan sebahagian daripada diri kamu sendiri. Kamu menjadi semakin kecil dan semakin kecil setiap masa.)







ERASER

That’s true. But I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I’ll be gone and you’ll replace me with a new one, I’m actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.
(Betul tu. Tapi saya tidak kisah. Kamu lihat, saya memang dicipta untuk melakukan hal ini. Saya dibuat untuk membantu kamu ketika kamu melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari, saya tahu saya akan pergi dan kamu akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, berhenti bimbang. Saya tidak suka melihat kamu sedih.)



LESSON: Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They’re always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad….However our parents are getting smaller and smaller each day…One day, all that we would be left with will be eraser shavings and memories of what we used to have.
(PENGAJARAN: Ibu Bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak mereka adalah pensil. Mereka selalu ada untuk anak-anak mereka, membersihkan kesalahan mereka. Kadang-kadang dalam pada itu, mereka terluka, dan menjadi lebih kecil / lebih tua, dan akhirnya berlalu pergi. Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan sentiasa benci melihat anak-anak kesayangan mereka merasa bimbang, atau sedih … Namun ibu bapa kita semakin kecil dan lebih kecil setiap hari … Suatu hari, semua yang kita akan tinggalkan nanti akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang kita biasa ada.)
Allah, Most Wise admonishes us: “Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: My Lord! Bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood.” (Quran-17:23)
(“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Quran 17:23-24])


SO,AS CHILDREN,REALIZE YOURSELVES
Read More | Komen

SEBUAH RENUNGAN UNTUK TATAPAN BERSAMA

Suram tengahari itu. Bukan seperti sediakala yang cerah dan menyakitkan sinarnya. Bagaimana suram dan muramnya langit, begitulah juga galau dan kacaunya perasaan Aidil. Entah mengapa begitu, dia pun tidak mengerti. Dibiarkan sahaja perasaannya begitu. Dia faham, itulah lumrah kehidupan. Perasaan silih berganti, benci-suka, marah-tawa. Lagaknya menunggu bas sekolah untuk tiba membawanya pulang ke rumah kelihatan seperti seorang yang dewasa, walaupun umurnya baru setahun jagung di dunia ini, baru sahaja mencecah sepuluh tahun.
Sedang dia asyik menuggu bas sekolahya tiba, sebuah kereta MyVI meluncur laju dan berhenti di depannya. Dia arif benar akan kereta itu. Itu milik abangnya yang sekarang melanjutkan pengajian di Akademi Ikatan Muslimin di Ipoh, Perak. Timbul persoalan di benak kecil Aidil, ‘Kenapa abang balik ni? Bukan sepatutnya dia ada ujian ke?’ Namun soalan itu dibiarkan dahulu apabila abangnya menjemputnya masuk ke dalam kereta. Lantas, tanpa berlengah, diajukan soalan yang bermain di fikirannya sebentar tadi.
‘Ada kecemasan di rumah.’ Ringkas jawapan abangnya. Aidil dapat menafsir daripada jawapan dan riak wajah abangnya yang sugul, bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Perasaannya yang sedia galau makin bertambah gundah. Namun didiamkan sahaja perasaanya itu. Dia lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat, dan tidak mahu terburu-buru membuat andaian. MyVi putih itu terus laju memecut di tengah jalan raya, umpama singa ketika menerkam buruannya.
Sampai di rumah. Hening suasananya, walaupun banyak kereta yng memarkir di halaman rumah, satu perkara yang jarang berlaku di rumah Aidil. Selalunya apabila banyak tetamu yang ada, tentu riuh suasana di dalam rumah dengan gelak tawa dan tangisan anak-anak kecil. Tapi kali ini lain. Sayup-sayup kedengaran alunan ayat suci Al-Quran dibacakan. Abangnya memimpin tangannya untuk masuk ke dalam rumah. Ayahnya dan kakaknya memeluknya dengan erat sekali. Terkejut Aidil tak terkata, jarang dia diperlakukan begitu. Dari celah-celah tangan ayahnya, di dapat melihat sekujurtubuh terlantar di ruang tamu rumah, diselimuti dangan kain berwarna putih dan dikelilingi oleh orang yang Aidil kenal, iaitu jemaah suaru berhampiran rumahnya. Lantas ayahnya mengkhabarkan sebuah berita duka.. ‘Nak, ibu kamu dah meninggal.. Dia dah tiada. Dia dah pergi ke alam lain…’
Bertambah erat pelukan kakak Aidil mendengarkan penjelasan ayah seiring dengan bertambahnya esak dan tangis kakak. Aidil terdiam mendengar khabar itu. Fikirannya tambah bercelaru dan berserabut. Lantas diajukan soalan kepada ayahnya, ‘Ayah, kenapa ayah cakap ibu dah pergi? Aidil nampak ibu ada. Tengah baring dalam selimut putih tengah-tenagh jemaah tu..’
-Kisah berakhir di situ-


Saudara/ri sekalian
         Mungkin kita biasa disogokkan dengan kisah sebegini. Di televisyen, akhbar, novel dan sebagainya. Namu hari ini penulis ingin membawa kita menerawang jauh daripada kotak. Kita luaskan pmikiran kita, sesuai dengan cara Islam yang menggalakkan kita berfikir dan mengambil pengajaran daripada alam ini.
Firman Allah S.W.T-
“Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam itu terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi mereka yang berakal. (berfikir) “–Ali Imran:190-
          Lumrah alam. Kuasa Allah yang mentakdirkan ada yang hidup dan mati di dunia ini. Dunia ini sebagai salah satu persinggahan kita untuk menuju alam yang abadi. Berdasarkan kisah tadi, Aidil mempersoalkan akan kematian ibunya, sedangkan jasad ibunya masih wujud di depan matanya.
         Persoalan remeh seperti ini tidak mungkin kita tidak mampu untuk jawab. Fitrah manusia, apabila ruh sudah meninggalkan jasad, dia dianggap sudah ‘meninggal dunia’ walaupun jasadnya masih wujud dan segar di hadapan mata. Kesimpulannya yang dapat kita rumuskan, hakikat manusia itu adalah pada ruhnya, bukan pada fizikal dan jasadnya semata.
       Satu muhasabah buat diri kita, bagaimanakah cara kita melayan dan memenuhi kehendak ruhi kita? Majoriti manusia umumnya tidak mengabaikan langsung kehendak jasadi seperti makan, minum, keperluan harian seperi wang, rumah kereta dan sebagainya. Namun, berapa ramai dalam kalangan manusia yang berusaha untuk memenuhi kehendak ruhi mereka?
         Hari ini dunia melihat, ramai manusia yang jauh daripada Islam, hatta orang Islam itu sendiri. Maksiat dan gejala sosial berleluasa, mengkhianati fitrah suci Islam dan ruh itu sendiri. Kita asyik sibuk menyuap fizikal, sedang ruh kita abaikan dan setiap hari ia tenat dan memerlukan rawatan segera sebelum masanya tiba.
        Makanan bagi ruh tidak perlu dibeli dengan wang atau apa-apa material. Cuma perlu kepada mujahadah dan pengorbanan. Realitinya, kita sunyi daripada makanan ruh sepeti solat berjemaah, zikir, ceramah, tazkirah dan sebagainya. Makanan-makanan ini sangat mudah untuk didapati, di masjid dan surau berhampiran.
       Kesimpulannya, peliharalah dan penuhilah kehendak ruh kita. Ketenangan yang hakiki lahir daripada kehendak ruhi yang dipenuhi. Kerana manusia itu hakikatnya pada ruh, bukannya pada jasad dan material dunia.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..” -Ar Ra’d:28-

Read More | Komen


stam

stam
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin