stam

stam

Kemasukan pelajar baru AIM tahun 2014


AIM , 7 Jan 2014  

   Akademi ikatan Muslimin telah menyaksikan penambahan pelajar baru yang telah mendaftarkan diri pada 6 Jan 2014 baru ini . peningkatan yang paling ketara ialah Pelajar sekolah Rendah Imtiyaz (SRIM) dari 46 orang pelajar pada tahun 2013 meningkat 100 peratus seramai 103 orang pelajar . Pelajar Mahaad Imtiyaz (MIM)  juga menampakan peningkatan dari 40 orang pelajar kepada 71 orang  . manakala pelajar Program Sijil Tinggi Agama ( STAM) seramai 72 orang yang sudah mendaftar diri  . Semoga segala usaha pendidikan yang akan diberikan oleh guru-guru akan melahirkan pelajar yang memahami tanggungjawab mereka kepada agama,bangsa dan negera 

Read More | Komen

Persediaan Sebelum Menghadapi Bulan Ramadhan

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang menghampiri bulan yang mulia ini. Pada bulan inilah segala pahala amalan kita akan dilipatgandakan, syaitan dibelenggu dan pintu keampunan dari Allah terbuka luas. Maka sebagai seorang yang sedar akan kelebihan bulan yang mulia ini, kita harus membuat persediaan yang secukupnya untuk mengutip semua keberkatan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Antaranya :-


1) Berdoa di bulan rejab dan sya'ban.

«اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ»


2) Memperbanyakkan doa meminta keampunan daripada Allah.

3) Mengambil berat tentang al-Quran.

4) Melatih sifat pemurah.


 Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma berkata:Adalah Rasulullah SAW paling pemurah di kalangan manusia dan ia menjadi lebih pemurah jika pada bulan Ramadan selepas bertemu Jibril dan Jibril bertemu dengannya pada setiap malam daripada Ramadan untuk tadarus al-Quran. Adalah Rasulullah SAW lebih murah dan dermawan daripada angin yang bertiup ketika bertemu Jibril. (riwayat al-Bukhari (1902) dan Muslim (6149)


5) Menjaga percakapan, kurangkan daripada menipu.

6) Membanyakkan puasa sunat.


Aisyah r.a. pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

SELAMAT BERAMAL !! MUMTAZ UNTUK UMMAH !!


Read More | Komen

Mukhayyam MATIN 2013

Bertempat di Amir Chalet, Sitiawan, Perak, seramai 60 pelajar telah mengikuti program yang diadakan selama 3 hari 2 malam dengan jayanya. Program ini diadakan pada 26-28 Mei 2013. Mukhayyam MATIN 2013 adalah program tahunan anjuran pihak pentadbiran Akademi Ikatan Muslimin untuk melahirkan jati diri pelajar tahfiz yang menuntut di sini.

Mengambil inspirasi Hasan al-Banna sebagai contoh, tema mukhayyam tahun ini adalah "ha ana zaak" yang memberi maksud "inilah aku". Antara objektif yang digariskan adalah memupuk disiplin, mengenal potensi diri,menanam ciri-ciri keimanan yang sempurna dan memahami tuntutan qawiy jism.

Pelbagai respons dan reaksi para pelajar dapat dilihat dalam aktiviti-aktiviti yang disusun. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru dan para fasilitator yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program mukhayyam MATIN 2013 ini.

barisan fasilitator akhawat
akibat tidak menjaga disiplin ketika mukhayyam

barisan fasilitator ikhwah
explorace di hari ke-2
di samping aktiviti lasak, aktiviti kerohanian tidak dilupakan

para peserta diajar untuk berkayak
Read More | Komen

Hari Murabbi AIM 2013

Mengambil tema GURU ASPIRASI MEMBANGUN AGENDA UMMAH, maka barisan majlis perwakilan pelajar Maahad Imtiyaz(MIM) 2013 telah menyusun satu program khusus untuk semua guru yang mengajar di Akademi Ikatan Muslimin(AIM) pada 23 Mei yang lepas. Majlis yang gilang-gemilang ini diadakan di dewan utama dan dirasmikan oleh CEO AIM, Ustaz Zolkifli bin Ismail. Mereka yang terlibat adalah pelajar-pelajar Sekolah Rendah Imtiyaz, pelajar-pelajar tahfiz dan stam Maahad Imtiyaz serta guru-guru.

Sesungguhnya hampir seorang murabbi itu seperti rasul, kerana tugasnya mendidik ummat ini adalah tugas yang sangat mulia dan ia bukanlah suatu tugas yang mudah. Bakti murabbi dan guru sepatutnya dibalas dengan amal oleh anak murid itu sendiri. Ilmu yang diberi bukan untuk disimpan, tetapi untuk diamal dan disampaikan kepada orang lain.

Semoga seluruh tenaga pelajar dapat terus berbakti untuk terus mendidik ummat ini. ke arah melahirkan ummat yang beragenda.

MUMTAZ UNTUK UMMAH !!

perasmian oleh CEO Akademi Ikatan Muslimin
aktiviti suapan kasih antara guru dan pelajar

sesi bergambar bersama guru-guru



Read More | Komen

PROGRAM MEMPERINGATI KEJATUHAN KHILAFAH 2013

                                                             
                                                               السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.
Program Memperingati Kejatuhan Khilafah telah berlangsung dari hari Isnin (4/3/2013) sehingga hari 
Sabtu (9/3/2013).
Walaupun peristiwa bersejarah itu berlaku pada 3 Mac 1924, namun barisan tenaga pengajar, MPP, ikhwah dan akhawat tetap bersemangat untuk menjalankan program yang telah dirancangkan hampir seminggu.

TEMA



OBJEKTIF
~ mengetahui sejarah kejatuhan khilafah  Islam lebih dekat
~ mengambil iktibar dan intipati daripada peristiwa tersebut


AKTIVITI
Tayangan video yang menghangatkan suasana
(4 Mac - 6 Mac)

Pengarah menanyangkan video tentang sejarah-sejarah Islam


Majlis Perasmian Memperingati Kejatuhan Khilafah 2013
Pengetua AIM merasmikan majlis


Presiden MPP 2013 memberi ucapan

khusyuk menonton video yang menusuk kalbu

menyanyikan lagu 'obor semangat'


LAIN - LAIN






FORUM


Ahli panel



kumpulan nasyid


Penyampaian Hadiah & Cenderahati

TAHNIAH !







Read More | Komen

Natijah Stam 2012


Allhamdulillah , Natijah STAM 2012 telah keluar pada 30/1/2013 iaitu pada hari Rabu yang lalu.
Pelajar - pelajar mengambil Natijah STAM dengan bermacam macam perasaan . Seramai 12 orang pelajar telah berjaya memperolehi MUMTAZ,dan 12 orang pelajar jugak bejaya memperolehi Jaid Jiddan ,dan 13 mendapat Jaid,dan 6 yang mendapat makbul



DEBARAN MENANTI NATIJAH











NATIJAH STAM 2012






 pertemuan antara batch 3 dengan batch 4




Apa yang membanggakan pelajar pelajar yang tidak mempunyai latar latar belakang Bahasa Arab
telah berjaya membuktikan bahawa kesusahan tidak menjadi halagan untuk bejaya dengan cermerlang .
Sekiranya , ada kemahuan ,berusaha bersungguh sungguh dan terus berdoa.

"MUMTAZ UNTUK UMMAH "


Read More | Komen (1)

Sambutan Maulidul Rasul




Allhamdulillah , Segala puji bagi Allah yang mana diberi kesempatan bertemu dengan
penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Seperti mana yang kita tahu , seluruh dunia telah menyambut dan mengingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal tahun 1434 Hijrah
bersamaan 24 Januari 2013 . Dan kami seluruh warga AIM telah menyambut sambutan
Maulidul Rasul pada 25 Januari 2013 pada hari Jumaat .




Walupun kami menyambut Maulidul Rasul dalam keadaan yang sangat sederhana dan ringkas.Ia masih disambut meriah ....
Ianya bukan satu masalah untuk kami warga AIM untuk menyambut sambutan Maulidul Rasul .




Berselawat beramai ramai....


Persembahan MATIN 


Majlis penutup Maulidul Rasul  Berselawat ke atas Nabi 
Muhammad S.A.W beramai ramai.





Read More | Komen


stam

stam
 
Copyright © 1433H | 2012M. AIM | Membina Generasi Harapan . Hak cipta adalah terpelihara.
Laman ini dibangunkan oleh Unit Media Akademi Ikatan Muslimin