Huraian Surah Al-Humazah…
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh….
Suatu hari saya terbaca dua buah artikel dalam
buku Gen-Q….
Yang pertama mengenai huraian surah Al-Humazah(Pencaci)…
Yang kedua pula ialah An-Namimah (Sejahat-jahat
manusia)…
Jadi…saya mahu jadikan bahan ini sebagai tajuk
tazkirah kali ini…saya mulakan artikel yang pertama iaitu Huraian surah Al-
Humazah (Pencaci)…
Surah ini
diturunkan di Mekah, mengandungi 9 ayat. Dinamakan surah "Al-Humazah
(Pencaci), kerana pada awal surah ini, Allah Ta'ala memberi amaran dengan azab
yang seburuk-buruknya kepada tiap-tiap pencaci, pengeji.
- Humazah- Sifat mengejek dan mengumpat orang lain dibelakang
- Lumazah-Ucapan sarkastik, penghinaan dan ejekan secara berhadapan
-Sifat ini lahir dari hati yang rasa lebih bagus
dari orang…contohnya Orang yang
sombong dan bermegah-megah dengan kesenangan dan kemewahannya, yang mencemuh
dan merendah-rendahkan orang lain, yang tidak mempunyai perasaan rahim untuk
menolong orang-orang yang memerlukan bantuan, tidak akan dikenal atau disebut
dengan sebutan yang baik di dunia apa lagi untuk menyelamatkan dirinya di
akhirat. "la menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam
dunia ini)! Tidak! "Kerana yang mengekalkan dan mengharumkan nama
seseorang di dunia dan di akhirat ialah ilmu yang berguna dan amal kebajikan.
-Golongan ini akan merasa
azab
didalam neraka HUTAMAH
-Didalam neraka
ini ada,,,,api yang menyala dan membakar
sampai ke hati, api
yang ditutup rapat atas penghuninya dan penghuninya diikat pula pada
tiang-tiang yang panjang….Ya Allah betapa dahsyatnya azab yang Allah janjikan
kepada golongan ini…jadi,,sama –samalah kita muhasabah diri….
-Nama-nama orang yang memerli
Rasulullah S.A.W
- Umayyah bin khalaf
- Akhnas bin Syraiq
- Jamil bin Amir al-Jumatiyy
- Walid bin al-Mughirah
-Kenapa mereka
mengejek dan memerli Nabi?....Hanya kerana Muhammad SAW telah membawa satu
ajaran yang baru iaitu agama ISLAM…dan kemudian Allah menurunkan surah ini
(al-Humazah) dan kutuk mereka dengan ‘wail’ –Nya (ويل)
-Kesimpulan
terakhir yang boleh saya simpulkan disini ini ialah, berhati-hatilah
dari mengeluarkan perkataan yang akan menjerumuskan diri kita ke dalam golongan
ini dan ke neraka HUTAMAH…Awas!!! Saya bukan hanya
nak berkata-kata sahaja tetapi, praktis tu penting…
Seterusnya saya mahu beri peringatan buat diri
dan juga sahabat-sahabat seperjuangan…
Jadi artikel yang kedua pula ialah an-Namimah
(sejahat-jahat manusia)…
Saya mulakan sesi perkongsian saya dengan satu
hadis Rasulullah yang mafhumnya:
-Daripada Asma’ binti Yazid RA berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud “Mahukah aku khabarkan kepada kamu
tentang sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu?” Mereka menjawab ; “Ya, wahai
Rasulullah.” Baginda bersabda; “Mereka
adalah orang yang apabila dilihat akan mengingatkanmu kepada Allah ‘Azza Wa
Jalla”, kemudian Baginda SAW bersabda lagi; “Mahukah aku khabar kepada kamu
tentang sejahat-jahat manusia dalam
kalangan kamu?” Mereka menjawab; “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda;
“Yang banyak berjalan dengan membawa namimah
. yang memisahkan antara kekasih , yang mencari-cari
kesusahan orang yang baik (supaya orang yang baik mendapat susah)”. (HR Ahmad
& Bukhari)
-Namimah:
Menyampaikan kata-kata umpatan seseorang kepada pihak yang diumpat dengan
tujuan merosakkan perhubungan, serta mencetuskan kemarahan dan permusuhan
antara keduanya(yang mengumpat & yang diumpat)….orang itu dipanggil: Nammam
Jika seseorang
menyampaikan kepada kita tentang umpatan orang lain terhadap kita, antara
tindakan yang boleh diambil ialah:
1) Jangan
mudah percaya kepada nammam kerana nammam adalah Fasik
2) Melarang
dan menasihatinya agar berhenti daripada namimah
3) Benci
kerana Allah
4) Jangan
berburuk sangka kepada saudara kita, orang yang disampaikan tentangnya kepada
kita kerana buruk sangka adalah haram dan dilarang.
5) aJangan
bertindak mengintip atau menyelidik demi mencari bukti untuk mengesahkan apa
yang disampaikan oleh nammam
6) Jangan
terlibat atau terikut-ikut dengan perangainya.
-Kata-kata yang terakhir dari saya ialah “Mereka
yang tidak menjaga akhlak, hakikatnya telah menjejaskan agamanya” dan “Gunakan
dunia sebagai alat untuk membantu manusia & jangan sekali-kali biarkan hati
kita dirasuk olehnya(dunia).”….Wallahua’lam…
ثمرة القلب شوقية
ثمرة القلب شوقية